Kamu Mahu Tapi Malu Di Ranjang? - Page 4 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Mahu Tapi Malu Di Ranjang?

Tahukah kamu lelaki suka melihat reaksi wajahmu ketika ‘bersama’? Ia bagaikan pemacu semangat dan buat keinginan makin membuak. Ramai wanita  malu dan pilih untuk menyorokkannya. Mengapa dan bagaimana untuk kamu atasinya? 

Foto: Shutterstock.com

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

4) YOU LIKE IT THAT WAY

Tidak kira apa jua pendapat orang, bagi kamu, you just like it that way. Mungkin itu adalah cara kamu menikmati atau reaksi spontan kamu apabila sedang asyik. Apabila kamu cuba untuk tidak berpaling ataupun bertentang mata dengan suami, ia seolah ‘potong’ mood sedia ada. Jika kamu yakin dengannya, tepuk dada tanya selera.

Teruskannya: By all means, go ahead! Jika itu cara kamu, lakukannya saja asalkan tidak membantutkan hubungan seks bersama suami. Tapi jika suami mula bertanya dan kamu benar-benar tidak boleh lakukannya walaupun sudah cuba sehabis baik, cuba taktik ini – peluk suami dan letakkan wajahmu di bahu atau bersebelahan dengan pipinya. Posisi ini berikan perasaan manja sekali gus buatkan suami rasa seperti kamu lebih dambakannya. Body language girl!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert