Cosmopolitan Malaysia

Cosmopolitan Malaysia

  • SELEBRITI
    • Hiburan
    • Spotlight
    • Tip Selebriti
  • CINTA
    • Knit Love with Elly
    • Man On Fire
    • Tip Cinta
    • Seks
  • STAIL & KECANTIKAN
    • Tip Cantik
    • Produk Hangat
    • Fesyen
    • Trend Fesyen
  • YOUNIVERSE
    • Lifeskills
    • Kerjaya & Wang
    • BFF
    • Kembara
    • Kuiz
  • COSMOBODY
    • Diet & Nutrisi
    • Senaman
    • Sihat
  • TERHANGAT

Kamu Ada Musuh? Bagus! Ini Sebabnya…

August 11, 2017

Share ...Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
0Email this to someone
email
Pin on Pinterest
Pinterest
0

Janganlah dia berani lalu depan kamu, memang meluat habis walaupun dengan bayangnya. Tapi chup, sebenarnya memiliki musuh ada kelebihannya…

musuh

 

KAMU AKAN JADI LEBIH GIGIH

Apa salahnya ada persaingan yang sihat, terutama bila ia membabitkan pembangunan kerjaya. Lihat saja Kim Kardashian yang dahulunya teman baik Paris Hilton.Dia kini dah memiliki empayar perniagaan yang cukup hebat berbanding Paris yang hanya seorang anak jutawan. Memiliki pesaing sebegini bermakna kamu akan kerja lebih kuat untuk memperoleh kenaikan pangkat dan meletakkan dirimu pada benchmark yang lebih tinggi.

Bayangkan sebegini: Jika kamu tahu ada orang lain sedang menyasarkan pangkat yang kamu ingini itu, sudah tentu kamu akan tingkatkan produktiviti diri. Memang benar paranoia bukanlah sesuatu yang sihat tapi sentiasa berjaga-jaga ada manfaatnya. Peringatan: Ada masa ianya tak cool untuk terlalu fikirkan mengenai pesaingmu. Contohnya, dalam percintaan, popular atau tidak di alam maya (berapa ramai follower Facebook atau Twitter kamu ada), atau bentuk badan. Kalau kamu jadi terlalu paranoid mengenai perhubungan atau penampilan diri ia akan hanya merosakkan kesihatan mentalmu. Jika kamu asyik nak membandingkan dirimu dengan orang lain pada SEMUA tahap, berhenti dan step back a bit.

 

EGO TAK MELAMPAU

Pernah rasa terluka kerana kenyataan musuhmu? Memang dah jadi tabiatnya untuk buat kamu rasa down tapi kata-kata kesat mereka itu boleh diubah menjadi sesuatu yang positif, dan buat kamu kembali terpaku pada bumi. Memang sukar nak berlagak besar kepala bila musuh ada berdekatan, tapi ia akan buat kamu sentiasa berhati-hati dengan perangai dan kata-kata yang bakal dikeluarkan terutama sekali jika kamu jenis main lepas cakap tanpa fikir terlebih dulu.

Namun, jika musuh itu memang sengaja suka cari pasal dan kamu risau dia akan gunakan apa yang kamu pernah perkatakan against you, pakar berkata, cara terbaik adalah berdiam diri, bergantung kepada keadaan. Mendiamkan diri dalam mesyuarat memanglah tak digalakkan tapi katakanlah kamu sedang berbual dengan kawan-kawan, lebih baik kamu simpan saja apa dalam fikiranmu itu okey.

 

TERIMA MAKLUM BALAS KRITIKAL

Kalau kamu tanya si dia atau kawan baik sama ada punggungmu makin melebar, mungkin kamu akan terima jawapan ‘selamat’ saja, semuanya direka agar kamu takkan terluka dek kebenaran. Begitulah bagusnya jika kamu dikelilingi oleh mereka yang sayangkan kamu, kerana mereka akan pasti mengambil kira perasaanmu. Tapi kalau musuh takkan bertolak-ansur sedemikian. Walaupun mereka lebih suka cakap benda buruk mengenai kamu, namun ada sesetengah aspek yang kamu boleh guna pakai untuk membangunkan diri. Biasanya maklum balas mereka agak berat sebelah tapi ada kemungkinan kamu boleh dapat pandangan berlainan daripada yang biasa kamu dengar daripada teman-teman.

Helahnya; belajar ‘tapis’ perkara buruk untuk memperoleh pandangan yang jujur. Ia mungkin sukar tapi kamu boleh cuba jadi objektif. Jika ada kebenaran dalam apa yang diperkatakannya, gunakan sebagai insentif untuk memperbaiki dirimu.

 

LIHAT PANDANGAN BERBEZA

Inilah peluang untukmu melihat dunia daripada ‘mata’ yang berbeza, jangan lepaskannya! Terutama daripada seseorang yang tak ngam denganmu kerana mereka ini pasti ada pengalaman dan nilai berbeza denganmu. Bila kamu memahami daripada mana datang pemikirannya itu, kamu akan lebih memahami dirinya.

Ada kalanya, bagus untuk kamu memahami perbezaan kalian. Oleh itu, daripada terus tolak ke tepi apa yang mereka cakap, dengar dan ‘hadam’ terlebih dulu. Dengan cara ini kamu boleh luaskan pandangan dan pemikiranmu.

 

Foto: Shutterstock.com

Artikel Berkaitan

Cara Tepat Minta Naik Gaji
7 Jenis Kawan Kamu Perlu Ada Di Pejabat
Cara Seimbangkan Hidup Dan Kerjaya
10 Perkara Jutawan Buat Setiap Hari
Share ...Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
0Email this to someone
email
Pin on Pinterest
Pinterest
0

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


ARTIKEL TOP 5

Langkah Awal Lindungi Kulit

Langkah Awal Lindungi Kulit

Cosmo rasa lega bila bertemu the right

Jalan Pintas Untuk Kurus – Dan 14 Lagi Trik Tubuh Kamu Kena Tahu

Jalan Pintas Untuk Kurus – Dan 14 Lagi Trik Tubuh Kamu Kena Tahu

1. JALAN PINTAS UNTUK LEBIH

Foto Parti Sambutan Hari Jadi Gigi Hadid Tersebar!

Foto Parti Sambutan Hari Jadi Gigi Hadid Tersebar!

Lakukan Ini Untuk Menjamin Percintaan Yang Lebih Bahagia

Lakukan Ini Untuk Menjamin Percintaan Yang Lebih Bahagia

Tak harap terima kasih. Bila kamu lakukan sesuatu

Bisnes Lingkup, Butik Perniagaan The Kardashians Terpaksa Ditutup

Bisnes Lingkup, Butik Perniagaan The Kardashians Terpaksa Ditutup


#Cosmoquotes yang tepat mengena ke sanubari!

Ikuti updates #Cosmoquotes setiap hari. Pasti ada antara kamu yang ketawa terbahak-bahak dan tersipu-sipu setuju! Click on it, Cosmoholics dan jangan lupa share okey?

FACEBOOK

follow @my_cosmo
  • #RaikanNegaraku #Merdeka #IndependenceDay http://t.co/dbSVmczoZK
    | reply | retweet | favourite
  • Happy Independence Malaysia!
    | reply | retweet | favourite
  • Have a great Eid, Cosmoholics! http://t.co/1MVntKnD0o
    | reply | retweet | favourite
  • You are beautiful... http://t.co/rG7igjsWdJ
    | reply | retweet | favourite
  • Dah dapatkan edisi Julai? http://t.co/iKWHt0Fkam
    | reply | retweet | favourite
1581 following @my_cosmo
BANYAK LAGI DARI
  • HOME
    • About Us
    • Advertising Opportunities
    • Blu Inc Media
    • Hubungi Kami
    • Digital Editions
    • Promosi
  • SPOTLIGHT
  • CINTA & SEKS
    • Tip Cinta
    • Q&A Seks
  • GAYA HIDUP
    • Astrologi
    • Hiburan
  • FESYEN
    • Terhangat
    • Shopping
  • KECANTIKAN
    • Trend Fesyen
    • Produk Hangat
  • YOUNIVERSE
  • BLU INC
    • Female
    • CLEO
    • EH!
    • ICON
    • Shape
    • Marie Claire
    • Her World

BluInc
Copyright © 2014 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.
RETURN TO TOP
Powered by CloudMeta Web Hosting