Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Ada Bakat Untuk Jadi Penyampai Radio?

Nak jadi penyampai radio bukan hanya perlu ‘suka bercakap’. Kamu perlu ada pengetahuan yang tinggi mengenai dunia radio dan ada aura yang boleh buat pendengar tak rasa jengkel bila dengar suara kamu ke udara. 

Kalau menjadi penyampai radio adalah antara impian kamu selama ini, radio iM4U kini sedang mencari penyampai baharu bagi memenuhi barisan penyampai sedia ada seperti Tyler, Anas Ridzuan, Amrita, TV dan Ira Mohd Amin. iM4u fm Mic Drop akan berlansung Ogos ini bagi mencari individu yang berbakat dan mempunyai the X factor sebagai penyampai radio.

Pencarian bakat baru ini terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan kamu memiliki bakat luar biasa dan kriteria yang dikehendaki. Uji bakat akan diadakan di sekitar Lembah Klang dan pendaftaran dibuka seawal 11 pagi, manakala uji bakat bermula pukul 1 PM.

Lokasi Uji Bakat:

1) 5 Ogos 2017 – KL Convention Centre (Mega Careers & Study Fair 2017)
2) 6 Ogos 2017 – KL Convention Centre (Mega Careers & Study Fair 2017)
3) 9 Ogos 2017 – AEON Mall AU2
4) 12 Ogos 2017 – Sunway Pyramid
5) 16 Ogos 2017 – SACC Mall
6) 19 Ogos 2017 – Paradigm Mall

Jangan lupa untuk hadir bersama tiga keping foto berukuran 3R, tiga salinan resume dan profil. Oh, be sure to dress to impress or smart casual!

Uji bakat ini juga terbuka kepada individu dari daerah luar Kuala Lumpur juga. Jadi kalau kamu tidak berkesempatan hadir ke lokasi uji bakat, hantar video uji bakat kamu ke nombor whatsapp iM4U fm di 013 – 3441079.

Kamu juga boleh memuat naik video tersebut ke ruang pos Facebook atau Instagram iM4U fm dengan sertakan hashtag (#iM4UfmMicDrop). Info lanjut layari www.im4ufm.my atau layan iM4U fm di frekuensi 107.90 fm hanya di Lembah Klang!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness