Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kaki Model Ini Terpaksa Dipotong Selepas Kerap Menggunakan Tampon

"Life is about to be so different, again! I’m in great spirits though and ready for my next chapter". Tidak semua mampu menjadi setabah model terkenal, Lauren Wasser yang kini kehilangan kedua-dua belah kakinya.

Lauren Wasser, 29, mula dikenali selepas dia menjadi satu-satunya model tanpa sebelah kaki (kanan) dan memperagakan banyak kempen jenama terkenal. Pada tahun 2012, ketika Lauren berusia 24 tahun, dia disahkan menghidap penyakit Toxic Shock Syndrome.

Penyakit itu yang disifatkan oleh doktor pakar sebagai penyakit jarang berlaku, dan ketika itu kaki kanannya terpaksa dipotong. Lauren disahkan dijangkiti virus yang terjadi akibat penggunaan tampon ketika haid yang merebak ke sistem tubuhnya sehingga merosakkan tulang dan bahagian kaki.

Setelah sembuh daripada pembedahan, kisah Lauren mendapat perhatian dan masyarakat menjadikannya inspirasi untuk terus menjalani hidup seperti biasa. Malah Lauren juga melancarkan kempen kesedaran mengenai penyakit yang dihadapinya.

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness