Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kaka azraff

Kaka Azraff Diboikot Selebriti Malaysia?

Penyanyi Kaka Azraff menafikan dakwaan dia bersikap pilih bulu dalam memilih kawan namun mengakui tidak berkawan rapat dengan kalangan selebriti tempatan. Kaka menegaskan ia adalah pendirian dan hak peribadinya.

kaka azraff

Menurut Kaka, bukan dia menjauhi golongan selebriti ataupun mempunyai isu tertentu dengan mereka, cuma dia lebih selesa berkawan dengan golongan biasa. Tambah Kaka, satu-satunya selebriti yang rapat dengannya adalah pelakon Juliana Evans kerana mereka memang saling mengenali sebelum dia bergelar penyanyi.

kaka azraff

Kaka Azraff dan Juliana Evans untuk tema ‘twinning’ dalam majalah Cosmopolitan edisi Ogos 2016

Menerusi portal Mstar, oleh itu dakwaan mengatakan dia diboikot oleh selebriti Malaysia adalah mengarut dan gosip semata-mata. Malah Kaka berkata dia seorang yang sangat ringkas dan lebih selesa dengan kehidupan normal. Tidak semestinya hidupnya perlu kelihatan glamor dan dikelilingi golongan selebriti.

Dalam perkembangan terbaru, Kaka baru saja melancarkan single berjudul Terima Kasih ciptaan sepenuhnya oleh Alif Sleeq. Single tersebut sepatutnya dilancarkan tahun lalu namun Kaka terlalu sibuk dengan undangan nyanyian selain ketika itu menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke-30. “Terima Kasih ini adalah kolaborasi ketiga saya bersama Alif dan saya cukup selesa bekerja dengannya kerana dia sudah tahu konsep lagu yang saya mahukan,” ujarnya.

Single terbarunya itu adalah sebagai luahan penghargaannya kepada keluarga, rakan, peminat, syarikat pengurusan serta individu yang banyak membantu sepanjang peningkatan karier nyanyiannya. Lirik lagu Terima Kasih sangat mendalam dan menyentuh hati Kaka dan dia berpuas hati dengan hasilnya. Lagu yang berentak hip hop dan R&B itu telah menjalani penggambaran muzik videonya di sekitar studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkonsepkan moden dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Dalam perkembangan lain, Kaka merancang untuk melancarkan album sulungnya pada awal tahun hadapan dan ia bakal memuatkan enam buah lagu.

 

Foto: Instagram/Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness