Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kaitan Matahari Dan Payudara

Berita mengejutkan mengenai sinar UV dan kulit payudaramu yang halus serta cara untuk kekal selamat.

1. Fabrik baju mandi hanya ada SPF5, jadi bahagian atas baju mandimu itu hanya menangkis sinar UV. Sapukan tabir suria dengan SPF15 atau lebih tinggi daripada itu di bahagian atas tubuh dan ulang setiap dua jam sekali.

2. Tabir suria kalis air tidak benar-benar membantu. Jika kamu bersenam sehingga berpeluh atau pergi berenang di laut atau kolam terbuka, keberkesanan tabir suria boleh jadi berkurangan dan kamu mesti sapu lapisan lain. Jika tidak, kulit kamu akan terus terbakar dimakan matahari.

3. Sebenarnya, sinar matahari boleh mencecah sehingga dua kaki ke dalam air dan membakar kulit ketika kamu berenang atau menyelam. Disebabkan itulah kamu perlu menyapu krim tabir suria sebelum terjun ke dalam kolam atau laut. Barulah kulit di sekitar payudara lebih terjaga.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor