Justin Bieber Kemurungan, Benarkah Hailey Baldwin Menjadi Punca?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Justin Bieber Kemurungan, Benarkah Hailey Baldwin Menjadi Punca?

Justin Bieber dilaporkan menerima rawatan akibat kemurungan. Berita ini datang selepas Justin mendedahkan kisahnya kepada Vogue tentang ketagihannya terhadap dadah sebelum ini.
Related image

Berdasarkan sumber daripada People, Justin Bieber sedang bergelut dengan kemurungan, dan dia dilaporkan sedang menerima rawatan. Sumber tersebut berkata, “Justin kelihatan lemah dan letih. Dia telah menderita sedikit.”

Satu sumber lagi berkata bahawa justin “bergelut dengan populariti – diikuti, diekori peminat di mana-mana, kamera di wajahnya. Ini semua memberi dia tekanan dan dia selalu merasa semua orang ingin mengejarnya”.

Tambahnya, kejayaan Justin juga telah menyumbang kepada kesihatan mentalnya. “Dia mempunyai akses kepada apa saja dan dikelilingi dengan orang yang hanya akan berkata ‘Ya’,” jelas mereka.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa bukan Hailey Baldwin atau perkahwinan mereka yang menjadi punca kepada masalah mental dan emosi Justin. “Ia tak ada kaitan dengan Hailey. Dia sangat gembira dapat berkahwin dengannya. Ada sebab lain yang menyebabkan mentalnya terganggu,” kata mereka.

Justin memberitahu Vogue populariti telah memberi kesan kepadanya dan bagaimana dia mula mengambil dadah disebabkan itu. Dia berkata,
“I found myself doing things that I was so ashamed of, being super-promiscuous and stuff, and I think I used Xanax because I was so ashamed.. Saya sangat murung ketika membuat tour. Saya tak pernah bercakap mengenai ini, dan saya masih lagi memproses banyak perkara yang saya masih belum katakan. Saya sunyi. Saya perlukan masa.”

Justin kini dilaporkan menjalani rawatan bersama kaunseling dan “dia yakin akan merasa lebih baik tak lama lagi.”

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
justin-bieber

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker