Justin Bieber Dan Hailey Bieber Akan Tetap Lakukan Majlis Persandingan
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Justin Bieber Dan Hailey Bieber Akan Tetap Adakan Majlis Persandingan

Agak janggal apabila perlu memanggil Hailey Baldiwn sebagai Mrs Bieber. But, we will get used to it. Justin dan Hailey telah sah berkahwin secara 'rahsia' beberapa bulan lalu selepas Hailey secara rasmi menukar surname dan mereka kini mula memanggil sesama sendiri sebagai suami dan isteri.

Tidak pasti bila tarikh sebenar mereka melangsungkan perkahwinan, tetapi apa yang pasti, menurut sumber terdekat Justin dan Hailey akan tetap mengadakan majlis persandingan seperti pasangan selebriti lain.

"Mereka mahu meraikan perkahwinan mereka secara terbuka. Inilah sebab kenapa Hailey ingin menukar namanya. Dia gembira dapat berkahwin dengan Justin. Mereka dalam perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan penuh adat tradisi dan keagamaan," kongsi sumber terdekat mereka kepada majalah People.

Awalnya, pasangan ini cuba untuk mendiamkan diri mengenai status perkahwinan mereka, tetapi kini mereka telah bersepakat untuk bersikap terbuka mengenainya.

"Setelah berkahwin selama beberapa minggu, mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya merasa seperti suami dan isteri tanpa melakukan majlis keagamaan."

Untuk memberi penghormatan kepada Thanksgiving pertama mereka (serta ulang tahun Hailey), Justin kongsikan satu gambar pokok di Kanada, yang menyedari bahawa ini adalah his first holiday sebagai seorang suami.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for justin and hailey

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker