Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
justin bieber

Justin Bieber Berang Dengan Kenyataan Selena Gomez

Penyanyi sensasi dan bekas kekasih Selena Gomez, Justin Bieber bertindak memadam akaun Instagramnya semalam. Semuanya berlaku selepas Justin memuat naik beberapa keping foto teman wanita barunya, Sofia Richie.

justin bieber

Selepas ‘dibuli’ dan menerima pelbagai komen negatif dan kutukan, Justin mengugut pengikutnya untuk mengaktifkan mood privasi akaunnya. Pada foto terakhir yang dimuat naik semalam, menerusi caption Justin berkata dia akan mengunci akaunnya jika keadaan melampaui batas! “Jika kamu betul-betul peminat saya, kamu tidak akan bertindak sebegini, terutamanya kepada orang yang saya sayangi,” jelas Justin.

justin bieber sofia richie

 

Justin kemudian bertindak mengunci akaunnya, tetapi Selena Gomez tampil memberikan komen dan mencadangkan Justin supaya tidak memua tnaik gambar Sofia jika tidak mahu dikritik.

Selena memberi komen: “If you can’t handle the hate then stop posting pictures of your girlfriend lol – it should be special between you two only. Don’t be mad at your fans. They love you and supported you before any one ever did.”

Selepas Selena memberikan komen tersebut, Justin membalas dengan penuh sinikal dan mendakwa Selena menggunakannya untuk menjadi popular seperti sekarang. “Lucu bila melihat individu menggunakan diri saya untuk menarik perhatian dan masih cuba untuk menyalahkan diri saya,” ujarnya.

justin selena

 

Selena kemudian terus membalas kenyataan Justin dengan mempertahankan dirinya. “Lucu bila kamu yang telah menipu dan curang beberapa kali dan menuding jari kepada orang lain (Selena) yang telah memaafkan dan memberikan semangat kepada kamu! Patutlah peminat kamu marah. Menyedihkan!”

Justin Bieber berada di Jepun sepanjang minggu lalu bersama model popular yang juga kekasihnya, Sofia Richie sempena konsert jelajahnya. Sofia adalah adik tiri kepada Nicole Richie dan teman rapat kepada Bella Hadid dan Kylie Jenner. Justin Bieber dan Selena Gomez sebelum ini mempunyai hubungan pasang surut sekitar 2011 sehinggalah mereka berpisah pada 2014.

 

Foto: Instagram/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness