Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jumpa Ex Raya Nanti? 12 Cara Cool Berdepan Bekas Kekasih

Persiapkan diri. Bukan saja daripada segi penampilan, malah pelbagai segi termasuk cara bercakap dan paling penting, bagaimana nak have fun walaupun hati gundah gelana.

Selepas putus cinta, ada kemungkinan besar kamu terpaksa lalui situasi ini: Jemputan ke majlis rumah terbuka, perkahwinan, housewarming di mana bekas kekasih pun akan turut hadir. Daripada menganggapnya satu daripada siri mimpi ngeri, apa kata kamu bersiap sedia seakan-akan nak ke sebuah gala gilang-gemilang – di mana dia bukan lagi menjadi fokus utama acara itu nanti, hanya dijadikan sebagai sumber inspirasi agar kamu tak pakai baju kurung tahun lepas sekali lagi.

 

1. Splurge Untuk Baju Baru. Perasaan hebat bila kenakan baju baru dan kamu tahu it looks good on you memang berbaloi, terutama untuk acara sebegini. Memang wajar kamu rasa hebat bila nak berdepan dengan bekas kekasih, tak kisahlah betapa baik atau buruknya break-up kalian.

2. Bersosial. Apa Salahnya? Siapa kata kamu nak kena control ayu sepanjang masa. Go have fun. Terutama bila menghadiri parti atau acara sosial, pastikan gerak-gerimu tidak hanya tertumpu kepada kehadirannya. Sebaiknya, elak kelihatan seperti kamu trying too hard hinggakan dia sendiri perasan itu bukan dirimu yang sebenar. Not good.

3. Ada Teman Tapi Mesra. Kamu boleh ajak kawan lelaki yang tahu perasaan dan kisah lampaumu dengan bekas kekasih itu. Bonus jika dia cute. Kalau tiada kawan lelaki yang sesuai, perempuan pun okey. Ini untuk elak kamu nampak canggung sendirian.

4. Balik Bila Tiba Masanya. Hanya kerana si dia akan pulang selepas acara tamat, tak bermakna kamu pun kena lakukan perkara sama. Time your exit supaya kelihatan seperti kamu ada benda lain nak buat.

5. Kamu Yang Baru (Dan Lebih Hebat). Taktik ini akan hanya berhasil jika kamu ada kawan-kawan yang boleh dipercayai turut hadir pada majlis yang sama. Temanmu boleh ‘buka cerita’ mengenai tawaran kerja yang kamu baru terima atau apartment yang kamu bakal beli. Bukankah lebih bagus jika si dia mendengar cerita itu daripada temanmu daripada mulut kamu sendiri?

6. Edit Diri Sendiri. Ya dia telah melukakan hati kamu kerana memutuskan hubungan kalian, dan kamu baru saja berjaya singkirkan lima kilogram yang kamu perolehi dek kerana memakan kek coklat setiap malam. Bekas kekasih kamu itu tak perlu tahu pun mengenainya. Tak salah cakap hai padanya, tapi make it short and sweet. Peringatan: janganlah pula kamu memonopoli waktunya sepanjang majlis itu.

7. Jaga Dalaman. Biarpun dia takkan dapat peluang untuk bersama denganmu tak bermakna kamu tak perlu menjaga bahagian tubuhmu dengan baik. Apa kata kamu get a wax untuk kakimu kerana ia sudah pasti memberikan keyakinan yang sukar digambarkan bila ia terasa lembut dan licin.

8. Semburan Harum. Pakailah wangian yang bekas kekasih kamu itu selalu puji masa kalian bersama. Tapi kali ini, sembur lebih sedikit agar ia si dia dapat merasakan nostalgia kenangan manis sewaktu kamu dan si dia bercinta dulu.

9. Dandan Rambut. Dan apa kata kamu buat rias kuku sekali agar kamu rasa dan kelihatan like a million bucks. Tapi kalau dia dah tahu kamu sebelum ni bukan jenis berias sakan tapi tiba-tiba muncul memakai bulu mata palsu dan gincu rona garang, sudah tentu akan kelihatan seperti kamu terlalu mencuba.

10. Jangan Terasa… Jika kawan-kawan wanita kamu berbual mesra dengannya. Mungkin kamu dan si dia dah putus hubungan tapi mereka masih boleh berkawan dengannya. It’s childish jika kamu pilih untuk enggan bertegur dengannya dan kawanmu juga perlu buat perkara sama.

11. Be Prepared. Ada kemungkinan si dia membawa teman wanita baru dan kamu tak mahu kelihatan upset pula melihat mereka bersama. Rasa cemburu atau insecure itu memang biasalah tapi jangan biarkannya membuat kamu rasa murung. Tak lama lagi acara itu pun habis dan kamu boleh kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

12. Ingat Ini… Mereka pun ada rasa gelabah seperti kamu, jadi kamu janganlah nak terasa pula jika dia tegur kamu nak-tak-nak saja. Si dia juga mungkin rasa awkward kerana bertembung denganmu di majlis itu. Sebaiknya, kamu keep cool dan tak sukarkan keadaan dengan bermasam muka atau jadi terlebih friendly pula.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert