Jumlah Protein Yang Kamu Perlukan Untuk Turunkan Berat Badan
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jumlah Protein Yang Kamu Perlukan Untuk Turunkan Berat Badan

Ya, kita tahu protein satu kemestian, tapi berapa banyak yang diperlukan oleh tubuh kamu? There’s an answer, at last.

Foto: Shutterstock.com

 

Semua orang bercakap tentang betapa pentingnya pengambilan protein dalam diet jika mahu turunkan berat badan. Daripada resipi protein DIY yang tak berkesudahan di internet hinggalah saranan pakar kecergasan tentang makanan dan supplements yang kaya dengan macro-nutrient – kamu pasti sudah tahu yang kamu perlu tingkatkan pengambilan protein untuk kurangkan beradan badan, atau untuk kesihatan secara general.

Tetapi, adakah kamu keliru berapa jumlah tepat yang kamu perlukan supaya ia berhasil? Mengambil protein tanpa kawalan boleh mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Memang sukar untuk dapatkan jumlah yang tepat kerana badan dan diet setiap orang adalah berbeza, tapi ada formula magik yang boleh bantu kamu kira jumlah tepat yang diperlukan tubuhmu untuk hilangkan berat badan.

Berdasarkan berat badan, jumlah pengambilan yang disarankan (recommended dietary allowance – RDA) bagi protein adalah minimum 0.8 gram per kilogram berat badan wanita. Contoh diet protein tinggi untuk penurunan berat badan adalah 1.4 hingga 1.5 gram per kilogram jumlah berat badan, ini yang paling hampir dengan minimum RDA. 

Menurut kajian, walaupun pengambilan protein kamu tak memberi kesan kepada jumlah penurunan kilogram berat badan, ia tetap memberi kesan kepada overall fat loss. Badan kamu memerlukan lebih protein untuk mengekalkan lean mass bila kamu mengurangkan jumlah kalori. Jadi, protein memainkan peranan yang sangat penting dalam jumlah lemak (berbanding lean mass) yang kamu hilang semasa dalam pelan diet rendah kalori. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition mendapati pengambilan protein yang tinggi melindungi otot ketika fasa pengurangan berat badan, menggalakkannya untuk hilangkan lemak sebanyak yang boleh.

Mengambil daging lean seperti ayam, telur putih, susu, ikan, kekacang dan seeds, produk tenusu rendah lemak, sayuran berkacang adalah cara terbaik dan sihat untuk tingkatkan jumlah protein seharian. Jika diamalkan, pasti kamu akan dapat lihat hasil yang diingini!

 

Artikel asal: Akshita Jolly (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor