Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Juliana Evans Mengaku Bercinta Dengan Jejaka Kerabat

Juliana Evans dan kekasih hatinya kini mengesahkan hubungan sebenar mereka.

IMG_0269

Pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans kini dilihat lebih terbuka memuatnaik gambar bersama kekasihnya yang juga jejaka daripada kerabat diraja Johor-Selangor. Menurut Jue, hubungan mereka sudah serius hampir setahun malah mengakui dia rapat dengan keluarga jejaka tersebut.

Sweet couple ini juga dilihat sering mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri sebarang majlis. Tambah Jue, dia kini lebih bersikap terbuka mendedahkan identity kekasihnya itu apabila peminatnya rata-rata memberikan komen positif malah mendoakan kebahagiaan mereka.

https://www.instagram.com/p/BHjcuL-h7WC/?taken-by=julianaevansss

Jue juga mengambil pendekatan tidak mahu berdolak-dalih lagi jika ditanya tentang hubungan sebenar mereka dan tidak mahu hipokrit dengan media dan peminatnya. Bagaimanapun Jue mengakui masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing selepas berkenalan melalui seorang teman.

Salam Lebaran from us 💖💜

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Graduan Ijazah Filem, Video dan Pengajian Media Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat itu berkata, sikap kekasihnya yang mudah mesra, penyayang dan ramah dengan rakan-rakan membuatkannya tertarik dengan jejaka itu.

Paling penting menurut Jue, kekasihnya itu boleh menerima keluarga dan rakan-rakan yang sering bersamanya. Tambahnya, jejaka kacak itu juga mempunyai perangai yang sama dengannya membuatkan mereka lebih serasi.

Foto: Instagram.com/Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness