Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jualan Album Merosot, Nicki Minaj Salahkan Kylie Jenner

Sudah bersedia untuk mulakan harimu dengan some drama?

Nampak gayanya Nicki Minaj sangat bengang kerana albumnya tidak berjaya mendapat tempat di carta muzik, dan pergi ke Twitter untuk menyalahkan ramai pihak. Termasuk Kylie Jenner?

Rupa-rupanya, Nicki merasakan kejayaan album terbaru Travis, Astroworld adalah tidak adil disebabkan populariti Kylie.  “I put my blood sweat & tears in writing a dope album only for Travis Scott to have Kylie Jenner post a tour pass telling ppl to come see her & Stormi,” tweet Nicki. “lol. Im actually laughing. #Queen broke the record of being number 1 in 86 countries. Thank Jesus & thank you to my fans.”

Nicki juga menjelaskan dia telah bercakap dengan Travis dan berkata, “Album Travis terjual lebih 50 ribu. Dengan tiada requirement of redeeming the album! Dengan tiada tarikh untuk tour, etc. Saya sudah bercakap dengannya. Dia tahu dia tak ada album #1 minggu ini. Saya sayangkan peminat saya untuk album #1 di AMERIKA!”

Jelas menunjukkan Nicki rasakan bahawa Travis mempunyai kelebihan dan menggunakan populariti Kylie untuk membantu mempromosikan muziknya. Tetapi apa salahnya kan teman wanita tolong mempromikan hasil kerja kita, kan?

 

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker