Jom Shopping di Bangkok - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jom Shopping di Bangkok

35399937_l

Weekend gateway atau tinggal sepanjang minggu, kota Bangkok memang tak pernah tidur dan penuh aktiviti menarik. Semak idea percutian istimewa ringkas yang takkan kamu lupakan.

1. Zen Department Store

Dengan wajah bangunan baru dan dekorasi lebih segar, Zen Department Store bukan sahaja dipenuhi pilihan jenama antarabangsa, malah juga rangkaian dari pereka tempatan Thailand yang setaraf antarabangsa. Terletak di Central World Shopping Mall, bukan hanya item fesyen, malah barangan perhiasan rumah yang unik juga menjadi pilihan hebat.

2. Central Chidlom Department Store

Menjadi flagship kepada rangkaian pusat beli-belah Central, Central Chidlom merupakan pusat beli-belah yang dipenuhi pelbagai pilihan barangan seperti kecantikan, fesyen serta peralatan rumah dan ia semestinya antara department store kegemaran warga Bangkok.

3. Pelbagai bazar di tepi jalan

Jalanlah di mana saja sekitar Bangkok, kamu pasti akan jumpa pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis produk. Dari pilihan makanan, cenderahati, memang berbaloi untuk beli-belah di gerai tepi jalan kerana di sini kamu boleh dapat harga murah jika tawar-menawar.

 

 

Gambar: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist