Jom Road Trip! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jom Road Trip!

Pengembaraan team Cosmo ke Ipoh, Perak sangat mengujakan. Jika kamu bercadang nak ke sana, ambil kira cadangan di sini ya. Have fun!

49071018 - ipoh, malaysia - 25 nov 2015: "old man drinking white coffee" painted by ernest zacharevic in ipoh.

Mural Bermula…
Ada tujuh mural kesemuanya yang diilhamkan oleh Ernest Zacharevic dengan kerjasama Oldtown White Coffee. Kedudukan setiap satu mural dekat saja dengan mural yang lain. Tip, ambil gambar Map of Old Town. Dalam peta itu ada ketujuh-tujuh nama mural dan kedudukannya. Kalau nak senang, letakkan kereta di satu tempat dan jalan kaki. Tak jumpa juga? Guna GPS pun boleh… Cosmo juga sempat merakam beberapa gambar bersama mural!

Pengalaman Paling Berharga
Sambil menjejaki kesemua mural, kami singgah ke Jalan Bandar Timah. Lokasi di mana terletaknya restoran Plan B dan Sekeping Kong Heng. Di bahagian belakangnya terdapat satu lorong yang menempatkan gerai-gerai kecil seperti Bits & Bobs. Apa kata cuba ais kepal Ning Nong (perisa gula melaka dengan tambahan laici) di sini. Ada perisa lain seperti Nishi Bomb (sarsi + asam), Jinee Bee (rosella + laici) dan Busy Bee (sarsi + rosella+ laici), hanya RM3. Bersedia untuk kuasai skil makannya tanpa meleleh. Di situ juga, kamu boleh lihat bangunan lama yang kekal klasik dan unik.

Lepak di Kolam Air Panas
Cosmo juga berkunjung ke Lost World Hotspring and Spa by Night. Ia bersebelahan taman tema Lost World of Tambun dan dibuka dari 6 petang hingga 11 malam, setiap hari. Tiket berharga RM20 pada hari biasa untuk dewasa. Kedudukan Lost World of Tambun dikelilingi hutan batu kapur berusia kira-kira 400 juta tahun, cukup mendamaikan. Sempat juga menonton persembahan Red Indian yang diadakan setiap malam kecuali hari Selasa. Ada pelbagai fasiliti yang disediakan seperti Infinity Pool, Top of The World Pool ( jacuzzi pool), Crystal Pool, Sephira’s Lair, Foot Spa dan Lost World Steam Cave (seakan Sauna). Kalau lapar, boleh makan sambil rendam kaki di Ipoh Street.

Restoran New Hollywood
Restoran yang terletak di Canning Garden ini tersorok di kawasan perumahan. Tapi begitu ramai pelanggan dari pelbagai bangsa yang datang singgah menjamu selera. Menempatkan beberapa gerai yang menjual pelbagai hidangan, peniaganya juga berbilang bangsa. Cosmo sempat cuba beberapa menu sarapan seperti Nasi lemak, kuih Cakoi, Mee Wantan dan Roti Goyang. Semuanya sedap. Antara menu lain yang kamu wajar cuba adalah Hong Kong Chee Chong Fun (sama ada udang atau ayam)!

 

Foto:123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist