Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jom Makan Macam Orang Korea Di MyeongDong Topokki

Jom Makan Macam Orang Korea Di MyeongDong Topokki

Tampil dengan tagline "Eat Like A Koren", Myeongdong Topokki membawa kamu seperti berada di negara Korea, menawarkan pelbagai menu street food yang enak dan unik.

Myeongdong Topokki mula beroperasi sejak tahun 2014 yang diinspirasi daripada sebuah restoren Korea di stesen keretapi bawah tanah di Myeongdong. Sehingga kini Myeongdong Topokki mempunyai 14 buah kedai termasuk Sunway Velocity, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall dan banyak lagi.

Keistimewaan Myeongdong Topokki adalah menu utamanya iaitu rice cakes yang pejal dan fish cakes yang dicicah bersama sos gochujang yang pedas. Kamu juga boleh memilih pelbagai set dengan harga berpatutan seperti set MDT Topokki (bermula dengan harga serendah RM6.90), set MDT Streetfood (set ala carte), set MDT Station, MDT Value Set dan menu pencuci mulut yang popular - Korean Pancake Hotteok.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness