Jom Ke Konsert The XX Live Di Malaysia Januari Depan! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jom Ke Konsert The XX Live Di Malaysia Januari Depan!

Indie pop trio, The XX bakal menemui peminat di Malaysia Januari tahun depan dengan konsert I See You You Tour.

Berita baik buat peminat band dari London, The xx! Buat pertama kalinya mereka akan mengadakan konsert I See You Tour Asia Live di MITEC Kuala Lumpur pada 25 Januari 2018.

Konsert yang paling dinanti-nantikan ini dianjurkan oleh Freeform, Upfront Arena dan media partnership bersama Time Out Kuala Lumpur. Tiket yang dijual pada harga RM220 (early bird), RM270 (Pre-sale), RM330 (Regular) mengikut harga jualan early bird* sudah boleh ditempah secara online sejak 18 Oktober lalu melalui www.ticketpro.com.my (semua tiket tertakluk kepada yuran tiket RM4). Peminat yang mendaftar ke senarai e-mel band di thexx.info akan dapat membeli tiket lebih awal melalui presale eksklusif khas buat peminat.

Jangan lupa dapatkan tiket kamu sekarang okey!

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva