Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jom Hayati Erti Kemerdekaan Di Istana Budaya

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yin Feng. Yin Feng lari daripada perang saudara dan pecah-belah di China bersama ibu dan adiknya ke Tanah Melayu selepas kematian ayahnya untuk mencari kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidakstabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yin Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.

Tanah Akhirku adalah sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif berbeza. Kaum Cina yang telah datang berhijrah ke Tanah Melayu pada era penjajahan British turut memainkan peranan besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang majmuk seperti yang ada pada masa kini. Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.

Mei Fen mendapat idea untuk pementasan cerita ini selepas menghabiskan masa belajar di ASWARA. Persekitaran majmuk di kampus ini memberikan Mei Fen pengalaman sebenar masyarakat Malaysia yang dia idamkan. Di ASWARA, kepelbagaian budaya diraikan dan setiap pelajar mempunyai peluang untuk memahami budaya asing tanpa perlu meninggalkan akar budaya masing-masing.

Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata bahasa. Tiket dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 dan RM350 sudah boleh dibeli melalui http://airasiaredtix.com sejak 13 Julai lalu.

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist