John Mayer Teman Lelaki Baru Kourtney Kardashian
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
John Mayer Dan Kourtney Kardashian Bercinta?

John Mayer Teman Lelaki Baru Kourtney Kardashian?

Tahun ini, ramai pasangan selebriti yang tidak disangka menjalinkan hubungan. Untuk pengetahuan kamu, John Mayer dan Kourtney Kardashian juga dilihat agak mesra bersama. Mungkinkah mereka kini bergelar pasangan kekasih?

Satu sumber memberitahu Us Weekly bahawa John dan Kourtney rancak berbual di parti GQ Men of the Year, dan John “nampaknya berminat dengan Kourtney.” Malah, dia dilaporkan memberitahu Kourtney pertemuan mereka adalah “sweet serendipity” dan mereka patut “bertemu lagi”.

Malangnya, Kourtney tidak merasakan yang sama untuk John, menurut satu sumber. John bukan lelaki pilihan Kourtney. Hmm, bayangkan kalau mereka betul-betul bersama? Bintang realiti TV dan penyanyi? Epik!

Nampaknya kita harus terima kenyataan mungkin Kourtney akan mempunyai anak lagi bersama Scott Disick.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Image result for kourtney kardashian

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker