Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

John Legend dan Chrissy Teigen Pilih Jantina Bayi

Pasangan popular Hollywood, penyanyi John Legend dan supermodel Chrissy Teigen mengumumkan kelahiran bayi sulung mereka 14 April lalu yang diberi nama Luna Simone Stephens.

51150168_m

 

Sebelum ini, Chrissy mendedahkan mereka memilih untuk memiliki anak perempuan melalui kaedah rawatan IVF. “Saya telah membuat keputusan, saya mahukan bayi perempuan dan memilih untuk ‘mengandungkan’ Luna”, jelasnya berterus terang.

John dan Chrissy yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 turut memberitahu media yang mereka mempunyai banyak simpanan embrio semasa rawatan tersebut dan akan menggunakannya di masa hadapan.

 

Dalam pada itu, mereka turut memberitahu tidak membuat persediaan secara mental sebelum kelahiran Luna. Malah tidak pernah membaca sebarang buku penjagaan bayi. “Kami tidak akan tahu selagi tidak melaluinya sendiri. Jadi saya dan John banyak menerima nasihat daripada rakan rapat saja. Tak apa, kami akan biasakan diri dan akan cuba menjadi ibu bapa terbaik untuk Luna”. Sementara itu, mereka memilih untuk tidak memuat naik wajah bayi mereka buat masa ini.

Foto: 123rf.com & Instagram @johnlegend /Oleh: @curlyjow

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor