Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Joe Alwyn Kekasih (Mangsa) Terbaru Taylor Swift?

Joe Jonas, John Mayer, Jake Gyllenhaal, Taylor Lautner, Harry Styles, Calvin Harris dan Tom Hiddleston. Semuanya menjadi inspirasi kepada Taylor Swift untuk lagu-lagu popularnya selepas berpisah. So who’s next? 

Foto: EOnline

Selepas kali terakhir dilaporkan bercinta dengan aktor kacak dan juga bintang Thor, Tom Hiddleston, Taylor menyepi hanpir setahun sebelum keluar dengan single terbaru, Look What You Made Me Do dan album terbaru, Reputation yang dijangka berada di pasaran November ini.

Tentu sekali lelaki yang menjadi kekasih Taylor akan menerima perhatian dan ramai yang akan mula meneka berapa lama dia akan bertahan dengan kekasih terbarunya selepas ini. Masih terlalu awal untuk mengesahkan yang pelakon kelahiran London, Joe Alwyn, 26, ialah ‘mangsa’ seterusnya, tetapi dia dan Taylor telah menjalin hubungan sejak akhir tahun lalu secara rahsia.

Taylor dilaporkan mengenali Joe menerusi rakan baiknya, supermodel Cara Delevingne. Malah ketika Taylor ke London untuk bercuti dan bertemu Joe, mereka tinggal di rumah Cara secara senyap kerana tidak mahu dihidu pihak media. Girl, never underestimate the power of undercover paparazzis!

Hubungan kali ini dilihat lebih serius apabila kedua-duanya telah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Joe juga dilaporkan telah terbang ke kampung halaman Taylor di Nashville, Tennessee pada bulan lalu. Sumber terdekat memberitahu, Taylor dan Joe terlalu menyukai sesama sendiri dan mereka juga menyewa sebuah apartment di London sebagai kediaman persinggahan mereka.

Sementara itu, Joe Alwyn tidak terlalu popular di Hollywood kerana dia hanya dikenali di United Kingdom. Tetapi media menjangkakan dia bakal popular dan bakal tampil dengan filem berjudul The Favourite yang membariskan pelakon popular lain seperti Emma Stone dan Rachel Weisz tahun depan.

Pihak media juga percaya lagu terbaru Taylor berjudul …Ready For It dicipta khas untuk kekasih barunya itu, Joe Alwyn. Antara barisan lirik lagu itu ialah:

“Knew he was a killer, first time that I saw him, wonder how many girls he had left haunted. Some boys are tryin’ too hard. He don’t try at all though. Younger than my exes but he act like such a man so I see nothing better, I keep him forever”.

Obvious much?

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness