Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Belum pernah cuba lacquer bibir? Dior Addict Lacquer Lip Plump terbaru ini akan buat kamu ingin memakainya setiap hari

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Inspirasi di sebalik 16 warna…

 

“Apabila sesuatu formula dibawa dari makmal,  saya akan minta dua warna – merah kerana untuk menguji apa jua formula, merah adalah warna yang terbaik dan red always looks good. Berdasarkan pengalaman bila henda mula menghasilkan rangkaian warna sebenar, warna-warna cerah adalah yang paling rumit untuk dihasilkan kerana ia cenderung menjadi terlalu putih atau chalky atau litupan tak cukup kuat – jadi selalunya sebelum sesuatu formula itu disempurnakan, saya akan meminta mereka menunjukkan warna seperti Rosewood atau Beige. Bila itu dah ada, saya tahu segalanya mungkin.”

“Saya mahu mencipta rangakaian warna untuk wanita pada setiap peringkat umur – yang lebih matang sehinggalah mereka yang suka berparti. Contohnya ibu saya sukakan lip stain kerana bibirnya semakin menipis dan dia suka efek mungil. Saya ingin menawarkan pilihan untuk wanita seperti itu yang mahukan natural finish, long lasting yang tak mau bibirnya terlalu menonjol. Pada masa yang sama, formulanya benar-benar memberi kamu kebebasan to go bold. Kerana itu saya bahagikannya kepada tiga kumpulan.”

Di dalam Classic, warna-warnanya lebih anggun seperti  rosewood 456 Dior Pretty dan merah 868 J’Adior. Dalam koleksi Neons pula fuchsia 676 Dior Fever dan juga jingga 648 Dior Pulse benar-benar menarik perhatian.  Dan untuk kamu yang tidak segan untuk menampilkan bibir yang lebih berani, Glitters 898 Mindnight Star dan 538 Dior Glitz sangat memukau! “Formula ini membolehkan kami bermain dengan warna, daripada yang paling lembut kepada neon dan glitters. Inilah 16 warna yang kami tampilkan. Warna klasik boleh dikira sebagai daywear sementara neon dan glitters mungkin evening wear tetapi bergantung kepada personaliti si pemakai.”

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru