Belum pernah cuba lacquer bibir? Dior Addict Lacquer Lip Plump terbaru ini akan buat kamu ingin memakainya setiap hari - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Belum pernah cuba lacquer bibir? Dior Addict Lacquer Lip Plump terbaru ini akan buat kamu ingin memakainya setiap hari

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kami bercakap dengan Peter Philips di Tokyo tentang koleksi bibir terbaru ini and now we’re hooked!

 

Bayangkan ada 16 pilihan warna dengan kemasan berbeza – Classic, Neons, Glitters dan kesemuanya seolah ada magic-nya sendiri yang memukau kamu untuk memakainya. Jadi apa yang boleh kamu lakukan? Get all 16 dan pakai satu atau dua setiap hari!

Dior Addict Revolution

Ini adalah lacquer lip ink dengan efek mungil pertama oleh Dior. Menurut Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup, pilihan warna perlbagai serta efek kilauan uniknya bertahan lama. Sementara itu teksturnya yang ringat terasa cukup selesa di bibir.

Its got a bit of everything – formula ringan, rupanya seperti gincu, olesannya seperti glos, tint seperti tatu, pigmen seperti gincu, kilauan seperti glos dan keselesaan seperti lipbalm. Ia juga bertahan lama. itu yang membuatkannya berbeza.”

Dior Addict Lacquer Plump mewarnai bibir dalam warna fusion selama lapan jam. Dengan efek bibir mungil ia membentuk, melicinkan serta melembapkan bibir. 24 jam selepas aplikasi penghidratan bibir meningkat sehingga 78%. Rahsianya? Emulsi minyak dan air diperkaya dengan ekstrak hibiscus semula jadi untuk efek mungil, asid hialuronik untuk penghidratan serta sensasi kesegaran.

“Secara kosmetik, gabungan pigmen and dan kilauan memungikkan bibir dengan ilusi optik. Kamu hanya perlu oles sedikit sahaja kerana formulanya agak pekat. Tips saya ialah memakainya pada bibir yang tidak kering. Jika bibir kamu kering saya cadangkan lip scrub dahulu kerana anything with tint, pada bahagian yang kering akan kelihatan lebih gelap dan tidak sekata. So prep your lips first dan mulakan dengan pertengahan bibir atas, seolas ke kiri dan kanan. Cukup. Jika kamu bermula dari sisi, kamu mungkin mengoles lebih warna pada satu sisi dan kurang pada sisi lain. Warnanya mungkin tak seimbang. Sebaiknya jangan gandingkan lacquer plump dengan lipbalm atau produk formula lain. Formulanya sendiri sudah cukup melembap.”

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru