Jika Bukan Stormi, Mungkin Ini Nama Anak Kylie Jenner Sekarang
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jika Bukan Stormi, Mungkin Ini Nama Anak Kylie Jenner Sekarang

Jika Bukan Stormi, Mungkin Ini Nama Anak Kylie Jenner Sekarang

Kylie Jenner memecahkan tradisi Kardashian dengan tidak menamakan anaknya bermula dengan huruf K. Tetapi, pilihan nama Stormi Webster masih unik dan agak jarang digunakan.
Image result for kylie stormi

Dan baru-baru ini Kylie telah membuat satu Instagram Live di mana dia berbual bersama peminat sambil bermekap. Di sini Kylie mendedahkan dia sebenarnya hampir memilih nama lain untuk anaknya itu.

“Satu nama yang saya akan beritahu, kerana saya tak rasa saya akan namakan anak lain dengan nama ini di masa akan datang, iaitu Rose,” jelas Kylie. “Saya sangat suka nama itu. Shout out to everyone named Rose.”

Kylie kemudiannya berkongsi dia menyukai satu lagi nama unik (“ia nama yang sangat pelik…tetapi saya suka”), tetapi “ia tak sesuai untuk anak saya”, sebelum menjelaskan kenapa dia memilih Stormi.

“Saya rasa seperti dia memilih namanya sendiri”, tambah Kylie. “Pretty much. I looked up names, and I saw Storm, and I really liked that. Tetapi saya ingin menambah namanya dengan ‘ie’ di hujung, sama seperti nama saya, Kylie.

“Dan ketika hamil, saya selalu panggil dia Stormi ketika dalam perut lagi. And it just always felt right… Apabila dia lahir, saya rasakan seperti dia yang memilih namanya sendiri. Dan saya tak dapat bayangkan nama lain untuknya, so yeah.”

Artikel asal: Dusty Baxter-wright (Cosmopolitan.com/uk)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker