Jessie J Dedah Dia Disahkan Mandul Oleh Doktor
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jessie J Dedah Dia Disahkan Mandul Oleh Doktor

Wanita mana yang tidak sedih apabila disahkan mandul dan tidak mempunyai peluang untuk hamil seumur hidup! Penyanyi kelahiran United Kingdom, Jessie J membuat pengakuan dia disahkan mandul di hadapan puluhan ribu penonton!

Jessie memberanikan diri berkongsi kisah sedih itu sebelum menyampaikan lagu berjudul Four Letter Word ketika membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

“Four years ago, I was told I couldn’t have children. And it’s okay, I’m going to have children, trust me. When the doctor told me, my reaction was, ‘Oh hell nooooooo.'”

“I don’t tell you guys for sympathy. Saya antara jutaan wanita dan lelaki di seluruh dunia yang mengalami penderitaan ini dan ia bukanlah satu perkara yang memalukan. Bukan dipinta untuk lahir mandul, saya menulis lagu ini untuk diri saya, keperitan dan kesedihan yang saya rasai. Saya harap dengan terhasilnya lagu ini, ia mampu memberi senyuman dan semangat kepada semua orang yang mengalami kekecewaan,” kata Jessie.

Antara lirik yang terkandung dalam lagu Four Letter Word itu adalah – “Try to be patient/ Real love will save me/ God knows I’m waiting/ To be a mother.”

“If you’ve ever experienced anything with this or have seen somebody else go through it or have lost a child, then please know you’re not alone in your pain and I’m thinking of you when I sing this song,” tambah Jessie. Konsert itu turut dihadiri kekasihnya, Channing Tatum yang turut memuat naik video ucapan Jessie dan memberikan kata semangat buat penyanyi itu.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness