Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jennifer Lopez Bakal Lancarkan Koleksi Solekan

Penyanyi, pelakon serta diva hollywood ini dikatakan bakal mengeluarkan koleksi solekan yang mengandungi 70 produk!

Jennifer Lopez sudah sinonim dengan perkataan 'glow', jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila jurusoleknya, Scott Branes, membocorkan rahsia bahawa JLo akan mengeluarkan bronzer sendiri. Her best-selling fragrance, Glow by JLo, dilancarkan pada tahun 2002 dan sejak itu Cosmo telah menantikan lebih banyak produk full-body J-glow.

Dan beberapa hari lalu, JLo berkongsi sembilan gambar di Instagram untuk memperkenalkan kolaborasi bersama Inglot Cosmetics (#JLOxIngot) yang bakal tiba tak lama lagi!

JLo akan melancarkan koleksi ini di Inglotusa.comJenniferlopezinglot.com, dan di outlet Macy terpilih pada 26 April. Ini bukan kolaborasi tipikal selebriti seperti satu shadow palette, celak, dan gincu okey. #JLOXInglot akan mengeluarkan 70 produk termasuk pembayang mata, gincu, palet, pembayang pipi, highlighter, bronzer, dan pewarna kuku (semuanya dalam rona pale, neutral, dan gold shimmery), termasuk bulu mata dan maskara.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for jlo 2018

 

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker