Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jenama Kegemaran Kamu Melancarkan Koleksi Wangian Pertama!

The H&M fragrance collection features a wide range of 25 scents.

H&M Lancarkan Koleksi Fragrance Pertama Mereka

Hari ini, H&M Beauty melebarkan sayapnya dengan pelancaran koleksi wangian berkualiti tinggi yang boleh didapati dalam harga yang berpatutan.

Koleksi wangian yang terdiri daripada 25 aroma berbeza ini membolehkan kamu mencari haruman istimewa kamu sendiri.

Ia merupakan kerjasama H&M bersama perfumers, Olivier Pescheux and Nisrine Grillié daripada Givaudan (world’s leading perfume houses).

 “We focused a lot on high quality ingredients, from the single note fragrances to the contemporary blends and the more nuanced perfumes that really highlight the origin of the key ingredient. It has been an honour to collaborate with H&M and alongside my colleague Nisrine for this exciting fragrance collection,” kata Olivier Pescheux.

Koleksi wangian ini terdiri daripada tiga kumpulan yang berbeza, di mana kamu boleh dapatinya dengan harga bermula daripada RM27.95 hingga RM109.95.

Untuk meraikan pelancaran koleksi haruman pertama H&M, kamu dijemput untuk check-out House of Notes Beauty Pop-Up dan nikmati potongan 20% untuk item kedua yang dibeli dengan setiap botol wangian. Diskaun akan dikenakan pada harga item yang lebih rendah.

H&M House of Notes Beauty Pop-Up sedang berjalan sekarang dari 17 hingga 21 Oktober di One Utama Shopping Mall dan koleksi wangian ini boleh didapati di H&M Avenue K, H&M Sunway Pyramid, H&M IOI City Mall, H&M Gurney Paragon Mall Penang dan H&M Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva