Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jangkitan Kuman Di Gim

Tahu tak bakteria membiak dengan gembiranya di peralatan senaman yang kamu gunakan di gim? Tapi jangan risau, kamu boleh hindarinya dengan langkah mudah ini.

 

36041557_l

 

1) Bakteria staphylococcus seperti MRSA.

Ia boleh sebabkan jangkitan kulit berjangkit yang kelihatan seperti jerawat dan lebih teruk pada bahagian di mana bakteria memasuki saluran darah kamu. Sebaiknya elak menyentuh orang lain atau barang milik mereka dan cepat-cepat balut jika terdapat luka di tubuhmu.

 

2) Kuman selesema.

Ia boleh hidup di pemegang alatan senam dan permukaan keras selama berjam-jam. Selepas gunakan peralatan di gim, elak sentuh wajah kamu dengan tangan. Cuci tangan dulu menggunakan sabun antibakteria. Dan jangan lupa bersihkan peralatan yang digunakan oleh mereka yang menghidap batuk dan selesema sebelum kamu gunakannya.

 

3) Jangkitan fungus.

Kulat membiak di tempat yang lembap seperti di lantai bilik locker dan juga tikar yoga. Jadi sebaiknya gunakan selipar semasa kamu menyalin pakaian dan mandi. Pastikan juga kamu bersihkan tikar yoga dengan pembersih antibakteria. Atau bawa saja tikar yoga sendiri dari rumah kerana kebersihannya lebih terjamin.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert