Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jangan Lakukan 5 Tabiat Ini Selepas Kamu Makan!

Jangan ambil mudah dengan tabiat yang Cosmo senaraikan ini selepas kamu makan. Cuba relaks dan makan pun jangan gelojoh, buruk betul rupanya. 

Mandi
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat. Seterusnya badan kamu akan menghantar darah lebih kepada kulit daripada biasa. Ini boleh menggangu proses pencernaan anda dan menjadikan sistem metabolisme menjadi perlahan. Masa terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas anda makan.

Minum Teh
Ini adalah benda paling ramai daripada kamu lakuakan. Mungkin kamu berfikir minum teh panas selepas makan mampu membakar lemak. What? Itu semua mitos. Kajian menunjukkan bahawa minum teh panas selepas makan akan menggangu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang menderita kekurangan zat besi harus mengelak daripada minum teh dalam masa sejam selepas makan.

Tidur
Mitos mengatakan tidur selepas makan menyebabkan kegemukan mungkin tidak tepat tetapi ia mengundang risiko yang lain pula. Tidur dengan perut yang penuh akan menyebabkan penyakit seperti pedih ulu hati, sendawa dan keasidan yang tinggi, Di samping itu, ia telah membuktikan bahawa tidur selepas makan tengah hari atau makan malam boleh meningkatkan risiko strok. Pakar bersetuju bahawa ia adalah lebih baik jika tidur tidak kurang daripada 2 jam selepas makan.

Bersenam
Berlari atau menaiki tangga selepas makan, dengan perut yang kenyang? Kenapa perlu menyeksa diri? Beban bersenam dengan perut penuh akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu dan loya atau juga kesan yang lebih serius seperti peningkatan risiko trauma dan sawan. Seeloknya hanya berjalan perlahan-lahan bagi melancarkan darah ataupun bersenam empat jam selepas makan.

Merokok
Hampir semua sistem dalam badan anda akan terlibat dalam proses pencernaan yang aktif. Pada ketika ini, nikotin akan diserap secara dua kali ganda dan sekaligus menambahkan semua kesan berbahayanya. Di samping itu, ia membuktikan bahawa tembakau boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral, termasuk kalsium dan vitamin C dan D bahkan mengurangkan khasiat dari makanan yang paling sihat. Sudah tentu, ia lebih baik jika boleh merokok sepenuhnya tetapi jika anda sentiasa merokok dan tidak boleh berhenti merokok selepas makan, berikan badan anda 20 minit tanpa merokok.

Foto: 123rf.com
Sumber: Majalah Jelita

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness