Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jangan Bersenam Ketika Kamu Sedang Dalam Kemarahan!

Senaman selalunya membangkitkan emosi dan tempat melepaskan tekanan: Melepaskan endorphins dan boleh membantu mengalih perhatian kamu dari apa sahaja dalam minda, justeru ia jalan mudah buat kamu melepaskan kekecewaan.

Namun kajian diterbitkan di dalam Heart Association Journal Circulation berpendapat, kamu meninggalkan kesan buruk pada mental seandainya ke gim dalam keadaan marah, seperti mendapat kecederaan fizikal dari mendapat kebaikan. Kajian menunjukkan daripada 12,461 pesakit lemah jantung, satu daripada tujuh orang terdiri dari sang pemarah atau yang mereka yang penyedih. Mereka didapati menggunakan tenaga fizikal yang tinggi sejam sebelum ditimpa musibah. Tapi mereka tiga kali ganda terkena serangan jantung selepas rasa marah dan melakukan aktiviti berat dalam tempoh 60 minit.

Kebanyakan kajian memang menunjukkan senaman dalam keadaan marah akan membawa kepada serangan jantung. Gabungan aktiviti fizikal dan ketegangan emosi tersebut membangkitkan tekanan darah dan kadar degupan jantung paling tinggi dalam circulatory system. Andai arteries dipenuhi plaque, kombinasi senaman dan emosi mudah sekali membentuk blood clot dan akhirnya mencetus serangan jantung, pembawa kematian terbesar di US.

Ketahuilah kebanyakan individu dalam kajian terbabit adalah terdiri dari lelaki berusia kebanyakannya 58 tahun. Mereka kebanyakannya bersenam di waktu malam dengan keadaan emosi tidak stabil. Namun, keputusan kajian masih lagi dicari dan kalau boleh bersenamlah berpada-pada saat tengah marah.

Jadi, selepas ditengking bos jangan sekali-kali melepaskan kemarahan di atas treadmill. Kalau boleh kurangkan nasib malangmu dan jangan sekali-kali menjejaskan tahap kesihatanmu.

Artikel Asal: ELIZABETH NARINS
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com