Jangan Berhenti Belajar Daripada Kehidupan

Jangan Berhenti Belajar Daripada Kehidupan

Kamu rasa kamu tahu tentang kehidupan? Mungkin. Tapi tak salah kamu terapkan tujuh perkara ini.

40838941 - girl sitting on pier and lookingat the river

 

Oracle of Delphi memberi gelaran ‘The Wisest Man On Earth’ kepada Socrates, pengasas Western Philosophy. Dan apabila Socrates mendengar berita tersebut, dia tidak menerimanya dan menganggap ia kenyataan yang salah. Socrates berkata, “I know one thing; that I know nothing.”

Kenapa seorang yang bijaksana seperti Socrates menyangkal kebijaksanaannya sendiri? It all makes sense. Tidak semestinya kamu seorang yang terpelajar, kamu mengetahui semuanya perihal kehidupan. You can learn from everything and everyone. Dan kamu tidak akan pernah berhenti belajar secara sedar mahupun tidak. Now that is seriously intelligent yet humble man.

 

STRUGGLE IS GOOD

Jangan kata, “Saya tidak boleh lakukannya.” Sebaliknya katakan, “Bring it on!

JANGAN MERUNGUT

Ia adalah perkara yang amat membuang masa! Sama ada kamu lakukan perubahan mengenainya ataupun kamu diam dan terimanya.

SIMPAN JURNAL

Tidak, simpan jurnal bukan untuk budak-budak ya. Ia bantu kamu jadi seorang writer and thinker yang lebih baik.Mungkin kamu terfikir, “Saya bukan nak jadi seorang penulis.” Tapi berapa banyak e-mel dan mesej yang kamu terima dan balas setiap hari? Everybody is a writer.

PILIH INDUSTRI, BUKAN PEKERJAAN

Jika kamu mahu jadi handal dalam sesuatu perkara, kamu kena labur bertahun melakukannya. Kamu tidak boleh dapatkannya jika kamu tidak ‘lompat’ dari satu industri kepada yang lain. Pilih industri yang kamu suka dan mula dari bawah. Kamu akan jumpa pekerjaan terbaik untukmu kelak.

LEAD THE WAY

Jika kamu terperangkap dalam situasi di mana semua orang memandang satu sama lain dan terpinga, it’s time for you to lead. Kamu seorang leader apabila kamu putuskan untuk menjadinya. Tiada inisial atau gelaran, hanya keputusan.

BELAJAR SETIAP HARI

Kamu perlu latih minda untuk sentiasa stay alert. kamu tak perlu baca buku setiap hari untuk belajar. Belajar daripada kesilapan sudah mencukupi. Belajar daripada orang di sekeliling kamu dan bersikap terbuka dengan apa yang mereka boleh ajar kamu, terutamanya perihal kehidupan.

KEHIDUPAN TIADA KESUDAHAN

Tiada ‘the end’ dalam kehidupan ini. Jika kamu rasa kamu sudah dapat semuanya, fikir semula. Ini kerana tiada kepuasan dalam kehidupan dan manusia akan sentiasa mencari sesuatu untuk perbaikinya, even millionaires. The only the end is when you… You know it!

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness