Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam - Page 7 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Salah satu nasihat penting yang kamu akan dapat daripada jurulatih peribadi atau pakar nutrisi adalah jangan lupa isi perut selepas bersenam. Kemu kehilangan tenaga ketika bersenam dan otot kamu 'bekerja', jadi penting untuk perbaiki dan isi semula tubuh dengan makanan sejurus selepas itu. Tapi tak ada gunanya kamu bersenam jika kamu makan atau minum membabi buta saja kerana sesetengah makanan boleh bawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Kami minta Integrative Nutrition Health Coach, Amy Wright berkongsi pandangan mengenai makanan yang perlu dielak selepas bersenam:

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Foto: Shutterstock.com

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Kafein

“Minuman berkafein seperti kopi boleh meningkatkan tenaga selepas bersenam. Saya tak rasa kafein berbahaya, tapi memang elakkannya selepas bersenam,” kata Amy. “Saya dapati ia menyahhidrat tubuh, jadi saya pilih untuk minum air untuk menghidrat selepas bersenam.”

“Kafein juga meningkat hormon stress, kortisol. Bersenam penting untuk tubuh, tapi ia juga stressor yang menjadi punca pengeluaran kortisol. Walaupun penting, jika terlalu banyak, kortisol boleh meningkatkan keradangan, masalah kardiovaskular, imun tubuh dan ketidakseimbangan hormon. Jadi saya minum kopi sebelum bersenam dan elak selepas bersenam,” katanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor