Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam - Page 6 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Salah satu nasihat penting yang kamu akan dapat daripada jurulatih peribadi atau pakar nutrisi adalah jangan lupa isi perut selepas bersenam. Kemu kehilangan tenaga ketika bersenam dan otot kamu 'bekerja', jadi penting untuk perbaiki dan isi semula tubuh dengan makanan sejurus selepas itu. Tapi tak ada gunanya kamu bersenam jika kamu makan atau minum membabi buta saja kerana sesetengah makanan boleh bawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Kami minta Integrative Nutrition Health Coach, Amy Wright berkongsi pandangan mengenai makanan yang perlu dielak selepas bersenam:

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Foto: Shutterstock.com

6 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Makanan bergoreng

Pakar kecergasan menggalakan kamu elakkan makanan bergoreng kerana ia tidak mengandungi khasiat dan mungkin mengandungi trans-fats berbahaya.

“Saya memang akan elak makanan begini selepas bersenam, kerana makanan tinggi lemak boleh melambatkan proses penghadaman dan buat saya rasa lemau,” katanya. “Penting untuk ingat bahawa senaman adalah stressor, jadi penting untuk kita makan hidangan yang mengandungi micro-nutrients dan kandungan memulihkan yang mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan tubuh.”

Daripada memilih makanan bergoreng, sebaiknya ambil makanan dikukus atau dibakar seperti ikan atau ayam, bersama karbo kompleks seperti nasi kukus, keledek bakar atau grilled vegetables. “Ini cara terbaik untuk refuel your body dan bekalkan tenaga dan kekuatan sepanjang hari.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor