Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam - Page 4 of 8 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Salah satu nasihat penting yang kamu akan dapat daripada jurulatih peribadi atau pakar nutrisi adalah jangan lupa isi perut selepas bersenam. Kemu kehilangan tenaga ketika bersenam dan otot kamu 'bekerja', jadi penting untuk perbaiki dan isi semula tubuh dengan makanan sejurus selepas itu. Tapi tak ada gunanya kamu bersenam jika kamu makan atau minum membabi buta saja kerana sesetengah makanan boleh bawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Kami minta Integrative Nutrition Health Coach, Amy Wright berkongsi pandangan mengenai makanan yang perlu dielak selepas bersenam:

Jangan Ambil 8 Makanan Ini Selepas Bersenam

Foto: Shutterstock.com

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Sports drinks

Kamu mungkin mahu nampak hebat: Minum minuman isotonik sambil berjalan dalam leggings sukan, tapi Amy tidak menggalakan kamu mengambilnya selepas seharian bersenam. “Melainkan jika kamu pelari maraton profesional, lebih baik elakkan sports drinks kerana ia tinggi kandungan gula, pemanis atau bahan kimia.”

“Walaupun ia diwar-warkan sebagai sumber hidrasi sempurna dan electrolyte replenishment, minuman seperti air bertapis, air kelapa asli atau healthy protein smoothie adalah pilihan yang jauh lebih baik kerana ia tidak mengandungi kandungan syrup yang meningkatkan gula dalam darah dan zap energy,” tambahnya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor