Jadikan Aidilfitri Kamu Lebih Indah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jadikan Aidilfitri Kamu Lebih Indah

Aidilfitri tiba setahun sekali. Jadi, kamu perlu gunakan peluang keemasan ini untuk lakukan apa yang patut dan tinggalkan perkara yang memusnahkan momen indah di hari lebaran nanti.

NH by Nurita Harith1

Selepas lebih sebulan menahan lapar dan dahaga, Aidilfitri adalah masa untuk kamu meraikannya. Berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara, mengeratkan silaturrahim dan have fun with the loved ones! Mungkin kamu terlepas pandang akan perkara yang membunuh kebahagiaan sambutan Aidilfitri. Cosmo beri kamu tip untuk menjadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan indah.

 

Lupakan Kisah Duka

Mungkin ada di antara kamu yang bertahun tidak pulang ke kampung halaman kerana perbalahan diantara kaum keluarga. Puncanya? Perselisihan faham yang sebenarnya boleh diselesaikan. Mungkin ada yang merajuk hati dengan kata-kata ibu bapa. Tapi kamu harus ingat, mereka memarahi kamu kerana sayangkan kamu. Mungkin juga ada yang tidak bertegur sapa diantara adik beradik sendiri. Tidak kira salah siapa, kamu harus menghentikannya. Hubungi mereka dan mohon maaf. Ambil peluang ini dan minta cuti bekerja lebih lama dan pulang ke pangkuan mereka. Pedulikan seketika bebanan kerja kerana keluargamu tiada gantinya.

 

Bertanya Khabar

Cosmo yakin, kamu tentu rindukan gelak tawa rakan-rakan lama kamu yang kini entah dimana. Selepas pergaduhan kecil tahun lalu, kamu terus tidak berkawan lagi. Malah terus unfriend dan unfollow di laman sosial. Mereka juga seperti kamu, rindukan kenangan ketika rapat suatu ketika dahulu. Dalam persahabatan, pergaduhan akan berpanjangan jika tiada pihak yang cuba menjernihkan keadaan. Hantar mesej ucapan Hari Raya kepada mereka dan nyatakan seikhlasnya yang kamu rindukan mereka. Cosmo percaya, hubungan rapat ini akan kembali terjalin.

 

Jangan Jadi Antisosial

Di zaman teknologi ini, kebanyakan daripada kamu tidak boleh berpisah dengan telefon pintarmu. Apatah lagi di pagi raya, kamu lebih sibuk memuatnaik gambar dan status sedangkan peluang ini patut digunakan dengan beramah mesra dengan keluarga dan sanak saudara. Cabar dirimu, letak telefon pintar jauh dari kamu. Layan tetamu yang hadir dan luangkan masa berkongsi kisah lucu dan kenangan manis Aidilfitri zaman kanka-kanak kamu bersama keluarga. Pasti riuh satu rumah dengan gelak tawa.

 

Bergaya Sakan

Tak salah rasanya jika kamu mahu bergaya di Aidilfitri dengan baju kurung atau kebaya moden lengkap dengan aksesori dan mekap. Ataupun berbaju melayu dengan samping soket dan butang yang sedondon dengan baju kamu. Ada di antara kamu yang menukar pakaian biasa selepas waktu tengahari. Alasannya, panas dan tak selesa. Sambutan Aidilfitri kan hanya setahun sekali. Kali ini, apa kata kamu meraikannya dengan meriahnya. Mesti cantik bila bergambar bersama keluarga dengan baju raya yang cantik, anggun dan kemas. Mesti berseri-seri kamu di pagi raya.

 

Foto: FashionValet/Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness