Jadi Selebriti Di Media Sosial - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jadi Selebriti Di Media Sosial

Mahu jadi #QueenBee di laman digital? Cosmo kongsi langkah-langkah untuk kamu kuasai setiap platform media sosial seperti seorang pro!

 

38261342_m

 

Facebook_icon_2011

 

#FACEBOOK

 

1. Kekalkan perkara positif
Menurut pakar, berkongsi berita gembira mendorong lebih banyak ‘like’ dan sharing.

2. Sertakan gambar 
Selain berkongsi perkara menarik yang berlaku ketika percutianmu di media sosial ini, sertakan juga gambar. Kajian mendapati, post berserta gambar mendapat perhatian lebih 39 peratus.

3. Berhubung dengan pengguna
Untuk tarik perhatian pengguna lain, bukan saja post diperlukan malah komen juga. Selain daripada sering meluahkan perasaan kamu, tanya pendapat pada orang lain juga. Post berbentuk soalan mendapat 100 peratus perhatian.

4. Tahu deadline
Di FB, setiap post mencapai 75 peratus dalam lima jam pertama. Jadi jika mahu lebih ramai orang melihat post kamu itu, pertimbangkan untuk repost selepas beberapa jam.

5. Hari sibuk
Sudah terbukti Khamis dan Jumaat adalah hari paling terkenal di FB kerana dua hari itu orang sudah kurang minat untuk buat kerja kerana hampir dengan hujung minggu.

6. Letakkan smiley
Post dengan emoji dapat lebih 33 peratus komen dan ‘share’. Malah dapat 57 peratus ‘like’ daripada post biasa.

6. Tak perlu bangga diri
Bercerita lebih tentang kerjayamu yang bagus, BF penyayang dan anugerah yang kamu terima a.k.a ‘feeling blessed’ menunjukkan kamu ada masalah keyakinan, dan boleh buat pengikut serta rakan turn off!

 

Twitter_logo_blue

 

#TWITTER

 

1. Tambah gambar
Memuat naik gambar atau video boleh buat post kamu lebih menarik.

2. Skip TMI
Pengikut di Twitter  tidak suka tweets tentang makan tengahari atau hal peribadi orang lain, mahupun info olahan semula. Apa yang mereka mahu adalah berita, views atau sesuatu yang kelakar!

3. Rancang post
Si pakar tahu 20+ tweet sehari adalah bagus. Cuba online tool seperti Buffer untuk jadualkan tweets kamu dari hari ke hari.

4. Tanya saja mereka
Tweet yang secara spesifiknya meminta pengikut mereka retweet menerima purata 12 kali lebih tinggi RT.

5. Retweet dengan betul
Retweet bahan yang sesuai untuk pengikutmu memang bijak. Tapi tinggalkan 20 karakter supaya mereka dapat tambah pendapat sendiri atau bahan yang sesuai dengan tweet kamu itu.

6. Elak hashtags
#Stop #Doing #This #Now. Ruang Twitter sangat berharga dan pengikut mahu kamu gunakannya dengan sebaik-baiknya.

 

Multi-Color_Logo_thumbnail200

 

#INSTAGRAM

 

1. Be a type
Kebanyakan pengguna Instagram yang berjaya adalah yang post hanya satu kandungan saja seperti fesyen atau kembara.

2. Syarat selfies
Saintis media sosial menjumpai kebanyakan ‘like’ Insta selfies memaparkan tona seperti biru, hijau, dan beige dengan hashtag #nofilter.

3. Guna hashtag
Kekalkan trending hashtag untuk dapatkan lebih perhatian.

4. Jadi pakar edit
Guna aplikasi seperti Camera+ dan Snapseed. Bila dah dapatkan gaya editing kamu sendiri, feed Instagram kamu nampak lebih konsisten.

 

YouTube-logo-play-icon

 

#YOUTUBE

 

1. Tajuk sangat-sangat penting
Kamu juga mahu ada dalam senarai bila orang mencari sesuatu untuk ditonton. Ambil kira apa yang orang lain akan taip dan termasuk juga kata kunci popular.

2. Talk like a star
Kukuhkan personaliti kamu untuk tampil menarik di Youtube, jadi ia bantu kamu untuk lebih ceria dari kebiasaannya. Kaji suara kamu dan jangan lupa untuk senyum ya.

3. Sertai pertandingan
Sertai pertandingan yang dianjurkan di YouTube! Kamu mungkin tidak akan menang, tapi dengan adanya video kamu di luar sana akan bantu kamu untuk dapat followers.

4. Call to action
Jangan lupa beritahu viewers apa yang kamu mahu mereka buat seterusnya, contohnya subscribe channel atau kunjungi laman web peribadi kamu.

5. Make it major
Profesional bukan hanya memuat naik video, mereka juga maksimumkan penggunaanya dengan menyertakan penerangan dan tags supaya ia muncul di lebih banyak pencarian.

 

unnamed

 

#PINTEREST

 

1. Pilih harimu
Blog Pinterest baru-baru ini mendedahkan kategori tertinggi mereka untuk tarik perhatian: Isnin – kesihatan, Selasa – teknologi, Rabu –  mutiara kata, Khamis – fesyen, Jumaat – jenaka, Sabtu – kembara, Ahad – makanan dan kraf.

2. Bijak warna
Gambar dengan warna dominan (merah, hijau gelap, pink) mendapat tiga kali lebih ‘like’ dan ‘repins’.

3. Skip the selfies
Gambar yang mendapat ‘share’ lebih 23 peratus bukannya gambar selfies.

4. Potrait it
Gambar menegak lebih bagus dari yang melintang. Nisbah yang sempurna ialah 2:3 dan 4:5.

5. Red rules
Gambar dengan lebih warna merah mahupun jingga mendapat dua kali ganda ‘repins’!

6. Kurangkan latar belakang
Gunakan gabungan latar belakang yang tidak ambil lebih dari 40 peratus daripada gambarmu kerana ia akan menurunkan kadar ‘repins’ 50 peratus.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor