Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jadi Lebih Positif Setiap Hari Dengan Minyak Pati

Jangan lemau-lemau pada hari Isnin, hari Selasa nak marah saja, Rabu kamu menyinga… Tiba Jumaat lunyai! Dengan aroma tertentu, setiap hari mampu jadi lebih ceria dan bersemangat sepanjang minggu!

 

Isnin

Kombinasi frankincense (kemenyan aromaterapi) dan pudina menyuntik semangat kepada permulaan minggu. Frankincense membantu tajamkan minda manakala pudina buat kamu peka. Tuang setitik setiap satu pada tisu atau ke dalam gelas untuk kamu hidu. Hidu dalam-dalam lima kali untuk manfaat sepenuhnya. “Jika kamu hidu acuh tak acuh akan membuatkan laluan nasal lebih sempit,” jelas Hope Gillerman, pengasas H.Gillerman Organics. Cuba Tisserand Aromatherapy Farnkincense, RM83.99 (www.bathandunwind.com).

Selasa

Kajian mencadangkan tekanan meningkat pada hari Selasa. Lavender terbukti mempunyai keupayaan menenangkan dan juga anti-keresahan. Oleskan pada bahagian yang selalu tertekan seperti belakang leher, bahu dan belakang telinga. Lebih mudah jika kamu ada yang jenis rollerball seperti Mt. Sapola Mini Massage Oil, RM69.90 dengan minyak lavender dan rosemary juga bagus untuk melegakan jetlag.

Rabu

Semakin menurun mood kamu di pertengahan minggu bekerja? “Aroma sitrus dan pudina boleh menyegarkan minda. Bukan sahaja aromanya segar dan sesuai untuk lelaki ataupun wanita, ia juga membangkitkan mood. Bila kamu hidu, kamu akan terbayang kesegaran di luar, pohon menghijau, bukit bukau. Pada waktu pagi, campurkan dua titis minyak pati aroma minty ke dalam syampu. Kulit kepala mempunyai 100,00 folikel rambut yang boleh menyerap minyak pati ke dalam aliran darah. Malah kamu boleh tambah pada gel mandian, skrub tubuh atau campurkan lemon dan pudina dan sapu pada leher dan lengan (lebih dekat dengan hidung untuk kamu hidu). Cuba gandingan setitik minyak pati Young Living Lemon dan Peppermint. Sapu pada tapak tangan, hidu dalam-dalam  kemudian sapu selebihnya pada leher.

Khamis

Aroma bunga ylang-ylang bukan saja berbau harum pada kulit tetapi ia juga dianggap minyak yang boleh buat kamu gembira dan menurunkan tekanan darah – menurut kajian di dalam jurnal Planta Medica. Jadi ia sempurna jika kamu perlukan sedikit kegembiraan sebelum keluar bersama teman-teman lepas kerja. Sapu pada pusat nadi (pergelangan tangan, sisi leher dan tengah dada). Kehangatan tubuhmu akan menyebarkan aromanya. Tanamera Essential Oil Ylang Ylang, RM41 (tanamera.com.my).

Jumaat

Bangkitkan mood untuk malam yang hangat bersama si dia dengan cendana dan melur. Kedua-duanya terkenal sebagai afrodisiak  yang membantu mood nak bermesra itu muncul (kan penat balik kerja…). Tambah beberapa titis kedua-dua minyak ke dalam diffuser, biarkan terpasang di dalam kamar tidur dalam setengah jam sebelum masuk. BioFinest Sandalwood Essential Oil, RM122 (biofinest.com).

 

Fotografi: Shutterstock.com

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru