J.Lo Bakal Keluarkan Produk Penjagaan Kulit Sendiri
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
J.Lo Bakal Keluarkan Produk Penjagaan Kulit Sendiri

J.Lo Bakal Keluarkan Produk Penjagaan Kulit

Siapa mampu nafikan kecantikan kulit wajah J.Lo? Penyanyi berusia 49 tahun ini has aged like fine wine, tak nampak kedutan atau liang pori pun!
Ramai peminat bertanya tentang rutin kecantikannya, tetapi tak banyak yang dikongsi J.Lo. Selalunya dia akan berkata dia hanya minum air yang banyak untuk memastikan kulit sentiasa berseri. Cosmo tahu kamu semua pasti sanggup lakukan apa saja untuk tahu rutin kecantikan J.Lo, kan? Well, kamu semua tak perlu tertanya-tanya lagi kerana J.Lo baru saja mengesahkan dia akan mengeluarkan produk kecantikan sendiri!

J.Lo mengumumkan berita ini ketika mempromosikan filem terbarunya, Second Act di The Wing, New York City, Refinery29 melaporkan. "I will be coming out with a skincare line," katanya. Dan ada sebab dia merahsiakan rutin kecantikannya selama ini: "I've been working on it for a long time because I don't want to put just anything out." Dia juga berkata produk ini sangat berkesan dan akan memberi kesan terbaik. "It's going to be something that works. That's what you can count on when my name is on something."

Jika kamu peminat produk antipenuaan, kamu memang patut dapatkan produk ini. "I want it to be something that encompasses all the things I’ve learned and all the secrets I have. And it doesn’t have anything to do with needles."

J.Lo memang terkenal dengan dunia kecantikan. Dia memiliki rangkaian wangian sendiri dan koleksi terbarunya bernama Glow. Awal tahun ini, dia melancarkan kolaborasi solekan bersama Inglot yang hadir dengan bronzers, highlighters, eyeshadows dan gincu. Untuk rangkaian penjagaan wajah, dia ingin melakukannya sendiri. Nantikan okey!

 

Artikel asal: Maya Allen (Cosmopolitan.uk)

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for jennifer lopez

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker