Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ivy Park, Koleksi Beyonce Buat Kamu

The Queen Of Pop Music, Beyonce Knowles dengan kerjasama pemilik jenama Topshop,  Sir Philip Green tampil dengan jenama rangkaian pakaian sukan – Ivy Park.

Walaupun belum secara rasminya dilancarkan, namun Ivy Park telah mula diperkatakan malah jumlah pengikut di Instagramnya – @weareivypark telah mencecah lebih 124,000 pengikut. Kamu boleh mula mendapatkan koleksi Ivy Park bermula 14th April 2016 di butik terpilih seperti Topshop, Zalora, Nordstrom, dan Net-a-Porter dari saiz XXS hingga XL.

 

04_@2x_1940x1256

 

Di sebalik nama label tersebut, menurut Beyonce ianya diinspirasikan daripada nama anaknya Blue Ivy Carter dan digabungkan dengan sebuah taman yang menjadi kegemarannya. Beyonce menjadikan taman tersebut sebagai kekuatan dan peniup semangat untuknya bersukan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ivypark.com.

 

Foto: ivypark.com /Oleh: @curlyjow

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor