Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Item Seksi Untuk Sesi Bulan Madu

Selepas sah bergelar pasangan suami dan isteri, perkara seterusnya yang sering dinantikan oleh pengantin baru tentunya bulan madu. Kamu rasa kamu sudah sedia (secara fizikal) tapi ada beberapa item yang kamu boleh bawa untuk spice it up more!

 

Scented candles

Cahaya malap daripada lilin bukan saja dapat berikan suasana romantis malah berfungsi sebagai aromaterapi kepada kamu dan suami. Nyalakan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kamu dan suami ‘beraksi’ di kamar. Cara terbaik (dan tidak janggal) adalah untuk nyalakannya sebelum kamu berdua mandi dan kemudian…hanya kamu berdua saja yang tahu.

 

Essential massage oil

Selepas seharian lakukan aktiviti luar, pasti kamu dan suami terasa letih. Tapi tak mungkin kamu berdua mahu tidur dan berehat sahaja ketika berbulan madu, kan? Daripada tunggu esok pagi untuk pergi urut di spa, apa kata kamu urut manja suami. Gunakan minyak kerana ia lebih lembut jika dibandingkan dengan losen.

 

Handcuff

Untuk kamu yang kinky. Tapi jika kamu bukan seorang berpersonaliti kinky tapi tidak takut untuk cuba, why not! It’s just a handcuff. Sama ada kamu yang digari ataupun suami, item ini pasti dapat mengghairahkan lagi suasana bulan madu kamu berdua. Steamy hot sex? Guilty!

 

Lingerie

This is a no-brainer. Semua orang tahu kamu perlu sarungkan lingerie seksi ketika berbulan madu terutama malam pertama. Lelaki sangat menghargai visual yang boleh menaikkan nafsu mereka. Tapi malam pertama bukan satu-satunya malam yang perlu kamu berikan tumpuan lebih. Kamu perlukan lingerie istimewa untuk malam pertama dan malam terakhir bulan madu kamu. Kamu mahu berikan impak visual yang akan dikenang oleh suami selamanya.

 

Muzik

Cosmo faham kamu pasti rasa malu pada malam pertama, kan? Bagaimana untuk ketepikan perasaan itu dan bangkitkan mood seksual kamu? Tentunya dengan muzik! Daripada slow jams kepada ‘Beyonce sexy’, sediakan playlist lagu untuk hangatkan malam pertama dan malam-malam sepanjang bulan madu kamu. Bayangkan visual ini: Kamu dengan lingerie seksi menggoda, suasana kamar yang diterangi oleh nyalaan lilin, handcuff di atas katil dan muzik. PERFECT!

 

Foto: INGimage

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert