Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Isu “Fazura Lepas Anak Lima Orang”, Fazura Beri Respon Di Instagramnya

Pada malam Sabtu lalu, telah berlangsungnya Anugerah Telenovela 2018 di Plenary Hall Convention Centre (KLCC).

Fazura dan Fattah mengejutkan ramai pihak apabila membawa pulang banyak anugerah pada malam tersebut, iaitu Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telefilem Popular dan Pelakon Lelaki Telefilem Popular.

Fazura dan Fattah bagaimanapun tidak menghadiri majlis tersebut, tetapi menghantar wakil untuk mewakili mereka berdua. Ketika wakil Faz mengambil anugerahnya di atas pentas, penyampai anugerah tersebut (dikatakan penyampai tersebut adalah pelakon, Faezah Elai) mengeluarkan kata-kata, "Fazura lepas anak lima orang" dan menyebabkan kebanyakan tetamu di dewan tersebut tergelak.

Tidak lama selepas itu, Faz telah mengongsikan reaksinya terhadap insiden ini di akaun Instagramnya dengan berkata, "So to my fellow ladies out there, it does not matter whether you are skinny, fat, short, tall, white, black, a Malay, a Chinese, a Buddhist, a Christian, has curly hair, has six fingers in one hand, has a long neck or whatever, just remember that you are beautiful in more than one way as God had originally intended you to be".

Faz juga menggunakan hashtag #SayNoToBodyShaming sebagai tanda sokongan kepada wanita yang mewakilinya pada malam tersebut.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Related image

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker