Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Intermittent Fasting – Diet Popular Paling Berkesan Untuk Kuruskan Badan

Jika Atkins, Detoks, Paleo, Vegan ataupun Low-Carb diet tidak berkesan buat tubuh kamu, inilah masanya untuk kamu mencuba diet terbaru yang semakin popular - Intermittent Fasting!

Kunci utama untuk menurunkan berat badan adalah 70 peratus datang daripada diet dan 30 peratus lagi daripada bersenam. Diet Intermittent Fasting ini melakukan kaedah yang serupa seperti berpuasa di bulan Ramadan, cuma kamu dibenarkan minum dan memilih waktu terbaik untuk berpuasa. Kedengaran mudah, kan?

KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING (IF)

Diet ini terbukti berkesan kepada hampir kebanyakan individu yang telah mencubanya. Ia dikatakan melatih tubuh untuk menerima makanan dalam masa tertentu dan merehatkan sistem pencernaan. Sama seperti berpuasa, ia diibaratkan membersihkan dalaman tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

Jika dilakukan dengan displin, kamu boleh turun berat badan sehingga lima hingga tujuh kilogram dalam masa dua minggu. Diet IF juga lebih berkesan daripada diet mengira kalori kerana kamu lebih mudah tertekan dengan mengira kalori yang kadangkala tidak tepat pengiraannya. Diet ini juga dilaporkan boleh mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.

Diet lain menyebabkan kulit kamu menggelebeh selepas kehilangan lemak, sebaliknya diet IF membakar kalori dengan cepat serta meningkatkan metabolisme.

BAGAIMANA MELAKUKAN INTERMITTENT FASTING?

Diet IF menggunakan konsep 8/16, di mana kamu dibenarkan makan (apa saja) dalam masa lapan jam dan berpuasa dalam masa 16 jam sehari. Sekiranya kamu gemar mengambil sarapan, mulakan diet IF seawal jam 9 pagi dan berhenti makan jam 5 petang. Selepas itu kamu tidak dibenarkan makan kecuali minum sebarang air tanpa gula. Kamu digalakkan minum air kosong 2-3 liter sehari seperti biasa dan jika mahu minuman lain seperti teh atau kopi, jangan mabil bersama gula dan susu.

Jika kamu gemar makan malam, kamu boleh mencuba makan bermula waktu tengahari sekitar jam 12 PM dan berhenti makan sebelum jam 8 PM. Kitaran ini perlulah konsisten dilakukan selama dua minggu pertama sehingga tubuh kamu mula selesa dengan kaedah ini.

Dalam tempoh 16 jam tanpa makan itu, kamu perlu melatih minda untuk menjalani hari seperti biasa kerana kamu mungkin sedikit letih di awal permulaan diet. Diet IF tidak memaksa individu untuk bersenam dengan kerap namun jika kamu memilih untuk bersenam ia adalah satu bonus dan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

Beberapa pengamal diet ini menyarankan kamu bersenam sebelum kamu mula untuk makan dan bukannya ketika waktu kamu berpuasa. Kamu juga disarankan makan makanan seimbang seperti serat, sayuran dan buahan, kabohidrat dan protein. Gula memang diperlukan tubuh untuk sumber tenaga, jadi kamu boleh mengambil gula semula jadi daripada buah-buahan. Makan dalam kuantiti sederhana namun kerap, setiap dua jam dalam tempoh lapan jam.

SENARAI SELEBRITI YANG MENGAMALKAN INTERMITTENT FASTING

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

HUGH JACKMAN

Gemar bersenam membantu Hugh mengawal berat badan. Setelah mengamalkan diet IF, Hugh hanya bersenam pada hujung minggu dan lebih banyak berehat di hari-hari biasa kerana diet ini mengajarnya untuk mengmbil makanan dalam kuantiti sedikit sepanjang tempoh lapan jam.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness