Instagram Sokong Iklan Fat-Shaming, Demi Lovato Naik Berang!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Instagram Sokong Iklan Fat-Shaming, Demi Lovato Naik Berang!

Instagram Sokong Iklan Fat-Shaming, Demi Lovato Naik Berang!

Nampak gayanya Demi Lovato tidak berapa gembira dengan Instagram sekarang. Penyanyi ini mengecam platform tersebut kerana membenarkan hateful ads dalam akaun pengguna, dengan berkata ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti masalah pemakanan.

2017 American Music Awards - Arrivals

Ini apa yang telah terjadi. Demi telah meilhat satu iklan permainan yang memerli orang gemuk muncul dalam akaunnya. Dia dengan segera mengkritik iklan tersebut. dengan memanggilnya "bullshit" dan mengecam keseluruhan konsepnya.

Demi meluahkan ketidakpuasan hatinya di Insta Stories, dengan menjelaskan iklan tersebut berbahaya kepada mereka yang pernah bertarung dengan masalah pemakanan sebelum ini.

Akhir sekali, Demi menyeru Instagram agar menarik kembali iklan tersebut. "I expect you guys to know better," tulisnya.

Demi juga pernah mengalami masalah pemakanan dan tidak malu bercerita mengenainya. Dalam satu temu bual bersama majalah  American Way pada tahun 2016, dia mendedahkan telah didiagnosis dengan masalah bulimia ketika berumur 18 tahun. Ibu dan neneknya juga mengalami masalah serupa.

Syabas Cosmo ucapkan kepada Demi kerana tidak takut menyuarakan pendapat dan menggunakan pengaruhnya dengan betul!

 

Artikel asal: Emma Baty (Cosmopolitan.com)

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

image

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker