Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Inspirasi Cinta Episod 2 – Kali Kedua

Pertemuan mereka kali ini seperti memberi harapan dan mengusik jiwa Ardi dan Melissa.

Melissa pulang dengan perasaan berbaur. Dia kegelisahan di kamar. Lantas kenangan lima tahun lalu menjelma malah masih segar diingatan. Ardiansyah menghubungi Melissa kembali dan cuba memujuknya bertemu. Walaupun berat di hati, Melissa akhirnya bersetuju. Pertemuan selepas lima tahun begitu kekok sekali. Hati jadi berbolak balik.

Lama-kelamaan perbualan jadi semakin rancak. Mereka selesa bersama. Perbualan bersambung di talian. Saling membalas pesanan Whatsapp dan berbual-bual di talian selama beberapa jam. Pertemuan kedua menyusul dan mereka begitu mesra sehinggalah Ardiansyah menerima panggilan daripada ibunya. Wajah Melissa berubah tiba-tiba dan dia ingin pulang.

Info lanjut, layari di www.inspirasi-cinta.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness