Inspirasi Cinta Episod 1 - Takdir Menemukan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Inspirasi Cinta Episod 1 – Takdir Menemukan

Perpisahan Ardi dan Melissa bukan kerana kehendak masing-masing, malah tiada orang ketiga hadir dalam hubungan cinta agung ini. 

Lima tahun Ardiansyah menetap di kota Jakarta bersama bapanya. Setelah puas dipujuk ibu, barulah dia pulang. Jauh sekali rajuknya. Sekembalinya Ardiansyah di Kuala Lumpur, dia segera ke kafe biasa dikunjunginya lima tahun lalu. Menikmati teh tarik di situ, jauh lebih enak. Lamunannya jauh melayang dan kenangan lama mengusik jiwa. Dia lantas pergi.
Melissa melangkah masuk dan duduk di meja biasa diduduknya. Dia terpandangkan segelas teh tarik yang ditinggalkan di situ. Lantas banyangan kisah lama menjelma. Tiba-tiba ada suara lelaki menegur. Oh, mungkin pemilik tempat ini sebelumnya. Oh, tertinggal kaca mata. Melissa menoleh terlihat lelaki yang sangat dikenalinya…

Saksikan episod penuh di www.inspirasi-cinta.com juga info menarik lain.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness