Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Inilah Sebabnya Kenapa Badan Kamu Susut Ketika Baru Bercinta

Saat jatuh cinta, kamu kerap bertemu janji dan mengambil tabiat teman lelaki, makan malam berdua dan tidak lagi ke gim.

Keadaan itu membawa ke pertambahan berat badan. Namun, ada yang mengatakan berat badan mereka berkurang selepas jatuh cinta. Kajian awal menjelaskan fenomena ganjil ini: Kajian sedia ada menunjukkan peningkatan emosi wujud, termasuk ketika bersama pasangan, tubuh kamu mampu meningkatkan tahap serotonin, iaitu hormon yang berkaitan gembira.

Terdapat bukti menunjukkan serotonin secara misteri berkait dengan penurunan berat. Kajian terkini telah membuktikan hubung kait antara serotonin dan hilang berat: Kajian diterbitkan dalam Nature Communications menunjukkan apabila tahap serotonin meningkat, otak menghasilkan isyarat pada sel di dalam usus untuk menukar lemak ke fuel.

Selain hubungan cinta, berjuta lagi perihal lain yang boleh mengubah emosi mungkin membawa efek pada metabolisma lemak, termasuk hormon lain seperti diet, senaman dan persekitaran. Jadi lebih kamu mencari cinta dan jadikan kehidupan lebih membahagiakan untuk hilang berat tubuh.

Begitupun, kamu boleh membuka langkah bagaimana mahu membentuk rasa cinta dalam kehidupan tanpa menggugat berat tubuh. Begitu juga pada yang masih bujang, kamu boleh meningkatkan tahap serotonin dengan membina kebahagiaan, melakukan senaman atau diet sewajarnya. Serotonin juga boleh ditemui dalam makanan seperti susu dan kacang kuda. Jadi jangan putus harapan.

Artikel Asal: Elizabeth Narins
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com