Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
shower

Ini Yang Terjadi Jika Kamu Tidak Mandi Dua Hari

Akibat tidak mandi? Langsung tidak menyenangkan…

shower

 

Mandi adalah rutin harian, tapi jika kamu terfikir untuk skip sesi cuci badan apabila kamu bergegas pada satu pagi, kamu mungkin mahu lakukannya lagi di masa akan datang.

Menurut artikel oleh TwentyTwoWords, terdapat beberapa perkara akan berlaku pada tubuh  apabila kamu skip mandi dua hari berturut-turut. Masalah pertama yang timbul adalah bakteria.

Manusia membawa lebih kurang 1,000 jenis bakteria dengan mereka, termasuk 40 jenis kulat, lapor  laman web tersebut. Kebanyakan daripada bakteria tersebut bagus untuk kita, ia perlu untuk melawan bakteria tak baik dengan sabun.

“Kamu tak boleh hapuskan bakteria tak baik jika kamu tak mandi,” jelas laman tersebut. “Dan jika ia jumpa jalan ke mata, hidung atau mulut kamu, kamu boleh jatuh sakit.”

Bakteria boleh menyebabkan badan berbau kurang menyenangkan. Malah, gas yang dihasilkan oleh bakteria boleh membawa 30 bau busuk dari satu badan.

 

43454661_m

 

Jika itu tak cukup untuk buat kamu serius dalam hal mandi, terdapat satu sebab yang baik untuk kamu menjaga kebersihan kerana ia juga penting untuk kulit yang sihat.

Mandi membantu untuk menjaga kulit bebas dari cacat cela dengan mencegah minyak dalam kulit dan ini adalah penting untuk kamu yang kerap bersenam.

“Menjaga kelembapan, bekas peluh di pakaian yang melekat di tubuh kamu pada tempoh masa yang lama selepas bersenam membawa kepada kerengsaan dan peningkatan risiko melecet kecil atau kerosakan kulit,” Holly L. Phillips, M.D., doktor kesihatan wanita kepada Women’s Health. “Ini boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan bakteria dan kulat, seperti bakteria staph atau kulat yang menyebabkan jock itch.”

Jika kamu perlu skip mandi, Phillips berkata penting untuk tukar pakaian gim kamu dan pakar dermatologi menyarankan supaya kamu pastikan bawah ketiak, pangkal paha dan wajah sentiasa bersih kerana kawasan ini lebih terdedah kepada bakteria.

Bagaimanapun, orang yang suka mandi lama akan kecewa jika dengar yang ia tidak membantu kulit kamu lebih sihat juga. Mandi terlalu lama boleh menyebabkan minyak hilang dari kulit menjadikan ia kering dan tak normal. Dari sudut positif pula, tiada siapa yang akan mengadu tentang bau badan kamu!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Katie Jones (cosmopolitan.co.uk)

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor