Ini Yang Patut Kamu Lakukan Ketika 'Datang Bulan'
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Yang Patut Kamu Lakukan Ketika 'Datang Bulan'

Ini Yang Patut Kamu Lakukan Ketika ‘Datang Bulan’

Walaupun sedang mood swing atau ‘Miss V’ tidak selesa, kebersihan diri tetap penting untuk kamu titik beratkan.

Ini Yang Patut Kamu Lakukan Ketika 'Datang Bulan'

Foto: Shutterstock.com

KERAP TUKAR TUALA WANITA

Ia merupakan ‘pembuangan’ darah kotor jadi tidak hairanlah jika ia juga boleh jadi ‘rumah’ bakteria. Tukar tuala wanita kamu setiap dua hingga tiga jam walaupun ia tidak penuh. Jangan pakai terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian intim.

RAJIN-RAJINLAH MANDI

Ketidakselesaan yang hadir seiring dengan menstruasi membuatkan tubuh kamu berasa panas dan mudah berpeluh. Hilangkan berlengas dengan mandi dua hingga tiga kali sehari. Apabila tubuh segar, kamu rasa lebih selesa.

KERING SELESA

Setiap kali mencuci ‘Miss V’ selepas ke tandas, lap kering menggunakan tisu sebelum sarungkan seluar dalam. Put it this way: Walaupun pad dibuat daripada kapas dan bertindak menyerap cecair, tapi jika sentiasa lembap, ia boleh menyebabkan iritasi sekitar bahagian intim dan punggung serta menambah ketidakselesaan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor