Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet

Ini bukan Cosmo yang kata, tapi doktor yang kata...

Crash diet semakin lama menjadi semakin popular. Masalah ini berpunca daripada kurangnya keyakinan pada tubuh sendiri, namun apa yang lebih menjadi masalah adalah kesannya terhadap kesihatan kamu.

"Tak dinafikan crash diet boleh menurunkan sedikit berat badan dengan cepat, namun hasilnya adalah singkat dan boleh beri impak negatif pada tubuh dan minda kamu," kata Dr Julianne Barry, General Practitioner di London Doctors Clinic.

Memang mudah untuk tergoda dengan hasil pantas yang dijanjikan oleh crash diet, jadi di sini Dr Julianne senaraikan impak negatifnya terhadap tubuh supaya kamu boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

7 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Ia boleh mengganggu usus

Crash diet juga boleh menyebabkan masalah perut. Menurut Dr Julianne, “jika kamu tak mendapat nutrien yang tepat, masalah usus akan timbul.” Dia menyarankan kamu merekod berapa kali kamu membuang air besar untuk memastikan diet kamu sihat. “Jika najis kamu terlalu cair atau terlalu keras, bermakna kamu perlu lakukan perubahan pada cara pemakanan. Jika tak pasti, berjumpalah dengan doktor,” jelasnya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor