Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet

Ini bukan Cosmo yang kata, tapi doktor yang kata...

Crash diet semakin lama menjadi semakin popular. Masalah ini berpunca daripada kurangnya keyakinan pada tubuh sendiri, namun apa yang lebih menjadi masalah adalah kesannya terhadap kesihatan kamu.

"Tak dinafikan crash diet boleh menurunkan sedikit berat badan dengan cepat, namun hasilnya adalah singkat dan boleh beri impak negatif pada tubuh dan minda kamu," kata Dr Julianne Barry, General Practitioner di London Doctors Clinic.

Memang mudah untuk tergoda dengan hasil pantas yang dijanjikan oleh crash diet, jadi di sini Dr Julianne senaraikan impak negatifnya terhadap tubuh supaya kamu boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Ia boleh merosakkan kualiti kulit dan rambut

Jika kecantikan adalah keutamaan kamu, pasti ini boleh meyakinkan kamu agar tak mencuba crash diet. “Bila kamu mengamalkan crash diet, kamu menghadkan jumlah vitamin dan nutrien penting yang diserap tubuh,” kata Dr Julianne. Dan ini boleh memberi impak negatif pada penampilan fizikal kamu. “Kekurangan khasiat boleh terlihat jelas pada eambut, menyebabkan ia tampak tidak bermaya dan mudah gugur. Kulit kamu juga akan kelihatan kering dan jerawat akan mudah muncul,” tambahnya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor